Spesifikasi Asus Padfone 2

Asus Padfone 2 adalah peranti hibrid 2 dalam 1 iaitu telefon pintar dan tablet. Mengunakan sistem operasi Android 4 Jelly Bean padanya.


Telefon pintar Padfone 2 kini didatangkan dengan skrin IPS bersaiz 4.7-inci dengan sokongan paparan 720p padanya, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, serta dijana menggunakan CPU empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4, bateri berkapasiti 2140mAh serta memori sebanyak 2GB RAM padanya.


Tablet Padfone 2 dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan resolusi 1280×800 pixel, serta bateri berkapasiti 5000mAh padanya. Tablet ini dikawal sepenuhnya oleh telefon pintar dan ia tidak mempunyai CPU dan RAM sendiri, mengunakan CPU dan RAM dari telefon pintar itu sendiri.

Ia juga didatangkan bersama-sama dengan sokongan rangkaian LTE, serta perkongsian melalui NFC.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .