Animasi Baru Malaysia 2012


Rimba Racer
Dibangunkan oleh Glue Studios. Membawakan pelbagai watak-watak binatang dan mengisahkan mengenai perlumbaan di antara mereka. Rimba Racer ini merupakan animasi berbentuk siri, dan telah memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012.


Sunsastera
Dibangunkan oleh R&D Studio. Sunsastera membawakan kisah mengenai sebuah mesin yang memanipulasi cuaca dalam pelbagai cara dalam memastikan remaja yang disukainya kekal gembira. Animasi ini telah memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012, menduduki tempat pertama yang sama dengan Rimba Racer. Ia masih tidak diketahui bilakah animasi ini akan ditayangkan di kaca televisyen.


The Amazing Awang Khenit
Dibangunkan oleh Sead Studios. Seperti yang dapat dijangkakan daripada tajuk siri animasi ini, ia membawakan kisah adiwira yang dinamakan sebagai Awang Khenit dalam membantu penduduk kampung kekal selamat dan bebas daripada pelbagai makhluk lain.


Dunia Eicak
Dunia Eicak ini merupakan salah satu animasi yang telah pun mula dimainkan di kaca televisyen melalui TV3, dimana beberapa episodnya telah pun terdapat di saluran YouTube mereka. Dibangunkan oleh Addeen Multimedia.


Origanimals
Dibangunkan oleh Giggle Garage, dimana membawakan siri animasi berbentuk pembelajaran memfokuskan kepada para pelajar pra-sekolah.


Totally Tentastic!
Dibangunkan oleh Story Me Studios. Tiada informasi berkaitan dengannya yang dapat dikumpulkan kami buat masa ini.


Zero Hero
Dibangunkan oleh Tapir Reka Studio. Ia membawakan jalan cerita berbentuk kasual, mengisahkan watak orang tua dengan pasangan beliau, seekor Tapir dan juga cucu perempuan dalam keinginan menjadi adiwira dalam membantu orang lain.


Zoorocco
Dibangunkan oleh Tripod Entertainment, studio sama yang membangunkan animasi World of War : Goliath. Maklumat lanjut berkaitan animasi ini masih samar-samar. Apa yang diketahui adalah dimana animasi ini menggunakan slogan dan tema – “hutan liar di galaksi menjadi lebih liar”.


Harry & Bunny
Dibangunkan oleh AnimasiaStudio, studio sama disebalik animasi Bola Kampung. Animasi Harry & Bunny ini berbentuk santai yang mengisahkan tiga watak, Harry (ahli silap mata), Bunny (arnab yang membantu Harry di pentas), yang mana mempunyai perhubungan yang rapat, tetapi kadang-kala tidak menyukai antara satu-sama lain dan mempunyai konflik harian mereka tersendiri.


Pada Zaman Dahulu
Animasi daripada Les Copaque ini telah pun ditayangkan di kaca televisyen tempatan, dimana pada Asian Animation Summit ini mereka mempersembahkan musim ke-tiga siri tersebut.

Rujukan Dan Sumber



2 comments:

  1. wah! dah makin banyak citer kartun yang best2 dari mesia. hebat!

    kalau dulu femes dengan usop sontorian & keluang man nye.. kan? haha.

    BalasPadam
  2. Setelah 4 5 tahun, yang lain nampak di tv. Apa cerita Sunsastera ?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .