CIMB Clicks OctoPay - Perbankan Melalui Facebook


Antara laman perbankan popular di Malaysia adalah CIMBClicks, dan hari ini, secara rasminya, mereka turut sama memperkenalkan perkhidmatan perbankan melalui Facebook, dinamakan sebagai OctoPay.

Seperti perkhidmatan perbankan melalui web mereka, CIMB membolehkan para pengguna menghantar duit kepada rakan-rakan di Facebook dengan selamat, selain pada masa yang sama menambah-nilai prabayar anda dan sebagainya terus melalui laman Facebook.

OctoPay turut sama membawakan sokongan baru dinamakan sebagai Coinbox, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk mengumpulkan wang daripada rakan-rakan di Facebook untuk digunakan dalam sesuatu acara dan sebagainya.

Pihak CIMB mengatakan penggunaan dan transaksi yang dilakukan oleh OctoPay adalah selamat, dan seperti sedia maklum, kedua-dua penghantar dan juga penerima wang perlu mempunyai akaun CIMB.

Tiga ciri utama

Terdapat tiga ciri utama dalam aplikasi ini iaitu yang pertama ia membolehkan pengguna memindahkan wang daripada akaun CIMB mereka kepada rakan mereka di Facebook.

Kedua, pengguna boleh menambah nilai prabayar telefon mudah alih mereka sama ada untuk kegunaan sendiri atau rakan mereka.

Ciri terakhir yang juga paling menarik iaitu Coinbox, yang mana pengguna boleh mengajak rakan untuk menyimpan wang bersama-sama dalam satu tabung sama ada bagi tujuan peribadi atau amal serta dapat memantau siapa yang sudah melakukan pembayaran atau belum,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini, semalam.

Dijamin selamat

Urus niaga dilakukan menggunakan aplikasi itu adalah selamat kerana ia menggunakan ciri yang sama seperti CIMB Clicks.

Antaranya, setiap urus niaga yang dilakukan menerusi aplikasi ini memerlukan pengguna mendapatkan kod pengesahan transaksi (TAC) yang akan dihantar ke telefon mudah alih mereka sama seperti digunakan dalam CIMB Clicks dan menjadikan urusan perbankan anda lebih selamat.
 
CIMBClicks OctoPay di Facebook


sumber1
sumber2


1 comments:

  1. wah..
    satu inovasi yg sgt2 berguna..
    nti bole paw tuan blog kt fb..
    ehehe

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .