Near Field Communication (NFC)


Apakah itu Near Field Communication (NFC) ?
NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm). Jarak yang teramat dekat untuk perkongsian data mampu membendung masalah seperti data dicuri sebagaimana kelaziman yang berlaku di dalam rangkaian tanpa wayar (WiFi).

NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan penerimaan data. Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini, komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium seperti kad ataupun tag (medium pasif).

Manakala bagi jenis yang kedua pula ialah perkongsian antara dua peranti aktif iaitu interaksi antara dua peranti pintar yang masing-masingnya dilengkapi dengan teknologi NFC. Anda boleh memikirkan bahawa konsep mekanismanya sama seperti penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth namun dengan beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat pada Bluetooth.

NFC jenis ketiga merupakan jenis yang paling dinantikan oleh para pengguna, iaitu menggunakan NFC bagi melakukan transaksi tanpa sentuhan (contactless payment) seperti kad Touch&Go.

Ringkasan dari Apakah Itu NFC ?




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .