Pengecasan Tanpa Wayar

Apakah Pengecasan Tanpa Wayar | Bagaimana Pengecasan Tanpa Wayar Berfungsi |
Inductive Charging | Wireless Charging


Pengecasan tanpa wayar, ataupun lebih dikenali dalam terma berbahasa Inggeris – wireless charging semakin popular akhir-akhir ini, dengan lebih banyak peranti baru, seperti Lumia 920, Galaxy S3 dan beberapa yang lain membawakan sokongan untuknya.

Pengecasan tanpa wayar ini, ataupun lebih dikenali sebagai “pengecasan secara induktif” merupakan proses mengecas peranti tanpa memerlukan anda menghubungkan wayar padanya, tetapi sebaliknya hanya meletakkan ia di atas stesen pengecasan.
Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah diperkenalkan jauh sebelum ini, termasuk pada telefon pintar Palm. Namun, akhir-akhir ini, kelihatan ramai pengeluar bersedia untuknya, dan mula memperkenalkan sokongan tersebut kepada peranti keluaran mereka.

Stesen pengecasan ini biasanya akan menggunakan medan elektromagnetik dalam menghantar tenaga kepada sesebuah objek yang boleh menerimanya melalui gegelung induktif pada peranti tersebut.
Buat masa ini, teknologi pengecasan induktif ini hanya menyokong penghantaran tenaga pada jarak yang singkat, sekadar beberapa milimeter sahaja.
Disebabkan ini, maka peranti perlu diletakkan di atas stesen pengecasan untuk proses mengecas, dan mungkin kadang-kala mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan, menjadikan ia kurang efisyen berbanding menggunakan sambungan fizikal seperti sedia ada.

Pada masa akan datang mungkin ia akan boleh dicas pada jarak jauh dan lebih pantas. Selain itu diikuti dengan teknologi lain seperti kerata, perkakasan komputer dan sebagainya.










2 comments:

  1. Khidmat Masyarakat - Kanak2 ini mohon bantuan kepada seluruh rakyat malaysia yang perihatin untuk membantu....Mohon kepada rakan2...tolong shared atau buat entri di blog dan sebarkan bagi kumpul dana buat pembedahan jantung...
    http://www.mentariminda.com/2012/10/sos-sos-kanak-kanak-ini-memerlukan.html

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .