Ulasan Samsung Galaxy Tab 2 7-Inci

Dimensi: 193.7 x 122.4 x 10.5 mm
Berat: 344 g
Paparan: 7.0 inches, PLS LCD capacitive touchscreen
Memori/Storan: 1 GB RAM, 8/16/32 GB storage
Prosessor: TI OMAP 4430 1GHz Dual core

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 7/10
Rekaan: 6/10
Penggunaan : 8/10
Quadrant Standard: 2625
Hasil Ujian: Tablet yang agak bagus.
Skor: 8/10


Semua orang di Majalah Tech mengetahui pandangan saya mengenai tablet 7 inci. Jika kamu memberi perhatian kepada majalah ini kamu pasti sudah tahu apa pandangan saya mengenainya. Malangnya ia adalah amat popular sekarang. Jadi Samsung pasti mempunyai pandangan yang tinggi pada produknya jika mereka sanggup memberikan pada saya untuk dibuat ulasan.

Tak banyak perubahan
Samsung Galaxy Tab 2 7.0 tak banyak berbeza dengan Samsung Galaxy Tab 7.0 yang asal. Malah saya rasa tak ramai pengguna dapat membezakan diantara keduanya sekali pandang. Ada beberapa perbezaan tetapi. Sebagai contoh Tab 2 tiada flash untuk kamera. Juga ia lebih nipis dan warnanya berbeza juga.

Beberapa Penambahbaikan
Tab 2 datang dengan Android 4.0 terus di dalam, yang tidak mengejutkan kerana versi terbaru sudahpun hampir untuk dikeluarkan. Penambahan antaramuka pengguna tersendiri Samsung agak baik, tetapi ada beberapa kelembapan. Kamu akan perasan beberapa kali yang tab ini akan berkerja keras untuk melakukan kerja. Ujian tanda aras Quadrant Standard memberikan sebanyak 2625 markah, yang memuatkan tablet ini di kelas pertengahan berbanding tablet lain.

Orientasi
Ramai orang suka menggunakan tablet mereka sebagai pemain media, dan memang itu yang kamu harapkan dari peranti sebegini. Dari segi ini, tablet akan dipegang dalam keadaan lanskap untuk menonton video. Walaupun Samsung nampaknya memahami ini apabila mereka tablet 10 inci baru mereka, nampaknya Samsung terlupa mengenainya untuk Tab 2. Ada dua pembesar suara pada peranti ini tetapi kedua – duanya terdapat di bawah, bersebelahan satu sama lain. Kamu boleh mendapatkan bunyi stereo, tapi jika hanya ia dipegang macam potret. Agak memelikkan bagi saya. Walaupun begitu pembesar suaranya agak ok. Walaupun tak boleh menandingi pembesar suara mahal tapi cukuplah untuk mendengar bunyi.

Hidup dengannya.
Saya sentiasa menasihatkan diri sendiri untuk membeli e-reader, sesuatu untuk membaca buku digital padanya seperti Kindle. Ini bermakna membeli tablet 7 inci. Tapi kebencian saya pada faktor bentuk ini menghalang saya dari membeli satu. Samsung tidak menolong. Walaupun ia amat ringan dan tiada masalah untuk kamu memegang di dalam satu tangan untuk berjam – jam. Skrin tidak begitu cerah, jadi kau boleh melihat teks hitam pada latar belakang putih tanpa terasa mata kamu akan terbakar. Ya, ia satu tablet baik untuk digunakan bagi membaca sesuatu ketika berehat tetapi ada sesuatu yang saya tak suka mengenainya. Mungkin saya sendiri amat cerewet.
 





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .