Ulasan Samsung NX1000

Dimensi: 114.0 x 62.5 x 37.5mm
Berat: 222g
Color Filter: RGB primary colour filter
Penstabilan Imej: Lensa (Bergantung pada lensa)
Paparan: 3-inch TFT LCD, VGA (640 x 480)
Kelajuan Katupan: Katupan menegak dikawal elektronik
Mod: Single, Continuous, Burst, Self-timer, Bracket (AE, WB, PW)
White Balance: Auto, Daylight, Cloudy, Fluorescent (W, N, D), Tungsten, Flash, Custom, K (Manual)
Saiz Image size: RAW - 20.0M (5472 x 3648 pixels)
Format Wayang: MP4 (H.264)
Saiz Wayang: 1920 x 1080, 1920 x 810, 1280 x 720, 640 x 480, 320 x 240

Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 8/10
Rekabentuk: 8/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: Kamera yang sesuai bagi mereka yang ingin berpindah ke fotografi yang lebih serius.
Skor: 8/10

Lawati mana-mana kedai kamera dan kamu akan perasan yang kamera tanpa cermin sekarang adalah menjadi pilihan. Ia mengambil gambar macam DSLR namun masih lagi mampu mempunyai badan yang kompak. Ini sememangnya duni kamera memberikan lebih keseronokan ke dalam kategori ini. Tidak mahu ketinggalan, ia juga disertai oleh Samsung. Mereka menghantar kepada kami kamera kelas kemasukan mereka jadi mari kita uji di dunia sebenar.

DNA Sama
Mengekalkan beberapa benda dari model terdahulu, ia masih mempunyai rekaan NX yang senang dikenali seperti tepi yang bulat dan juga garisan bersih. Rekaannya tampak macam kelas pertengahan tetapi penggunaan plastik sedikit sebanyak merosakkan perasaan ini. Perlu dinyatakan unit yang kami dapat adalah berwarna merah jambu. Memang ramai memberi perhatian kepada seorang penulis yang pergi ke acara dengan kamera merah jambu. Memang bagus untuk membuat modal bercakap.

Ringkas dan Lebih
Walaupun NX1000 adalah kelas permulaan, Samsung tidak kedekut dengan fungsi padanya. Ia masih dapat menangkap gambar pada kadar 8fps, kawalan manual penuh dan juga sambungan WiFi. Ada banyak kawalan walaupun berbadan kecil. Memang saya sukakan fungsi-fungsi yang didapati berbanding dengan kamera jenama lain. Hanya satu yang saya tak suka, tiada flash dalaman dan kamu terpaksa membeli satu atau gunakan yang kamu sudah ada.

Perubahan Senang
Bagi mereka yang ingin berubah dari PNS ke tahap yang lebih profesional, NX1000 adalah permulaan yang bagus. Ia amat ringkas dan tahap pembelajarannya tidak susah. Mod fizikal meniru DSLR dan bunyi ‘klik’ terasa sama. Lebih – lebih lagi butang i-Function pada lensa yang membuatkan memilih mod amat senang. Namun begitu saya merasakan prebiu yang ditunjukkan sebelum setiap mod agak menyakitkan hati. Tak perlu cakap apa fungsi mod itu setiap kali tukar.

Setajam Pisau
Kualiti imej amat penting dalam fotografi dan mujurlah NX1000 berfungsi seperti diharapkan. Bunyi hanya kelihatan dari ISO3200 ke atas tetapi tak terlampau mengacau. Saya akan katakan ketajaman adalah menjadi faktor untuk memiliki kamera ini kerana setiap gambar tampak tajam. Walaupun begitu warna tidak begitu tepat. Walaupun nampak terang tetapi ia tidak sama dengan benar. Namun itu hanya akan dinampak oleh orang yang sudah biasa dengan gambar dan untuk kegunaan biasa, ia sudah mencukupi.

Sesuai untuk mereka yang baru bermula – Samsung NX1000



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .