Kerajaan Malaysia nak buat virus


Kerajaan Malaysia merancang meletakkan spyware di komputer rakyat. Ini lah yang admin baca semalam di TheStar online. Bagi yang belum baca, baca sini. Kerajaan merancang meletakkan “trojan horse” ini adalah untuk mengintip data di komputer rakyat.

Persoalannya disini.  dimana PRIVASI(rahsia)  di dunia Internet? Kesemua perkara yang pengguna lakukan termasuk membuat transaksi perbankan nama dan kata laluan akan direkodkan. Tak pasal-pasal akaun perbankan rakyat pulak yang kene godam. Ingat semua kakitangan kerajaan tu jujur belaka ke? Rasuah sana sini je admin tengok. Kalau kerajaan mahu melakukan ini hanya untuk "menangkap" penggodam di Malaysia yang dikatakan sebagai pengganas, ini beerti kerajaan ketandusan orang yang CELIK IT. Kerajaan sendiri yang nak rakyatnya yang celit IT ni kan. 


Penyalahgunaan fungsi follower


Ramai kaw punya follower. Hebat sangat la ter. Disini admin cuma nak luahkan perasaan dimana ramai antara penguna yang menyaklahgunakan kegunaan sebenar follower nie. 

Nak tahu fungsi sebenar follower? Lihat gambar dibawah :-

 

Penah jumpe? Benda ni ada di home blogger anda. Disinilah kegunaan sebenar follow. Disini akan dipaparkan setiap kemaskini blog yang anda follow. Kita nak baca benda yang kita suka baca je kan. Secara jujur anda jawab adakah anda ambik tahu kemaskini blog yang anda follow? Jika blog yang kita tak suka buat apa kita ambik tahu pasal kemaskini cacatan beliau kan.

Sebab itulah timbul persoalan Perlu ke Even Follow Blog di facebook? Siap buat even lagi kat facebook untuk ajak admin ikut bontot dia.  Wahai sahabat ikut aku la aku nak pergi mana, paksa aku ikut bontot kaw buat apa?

Belas kasihan blogbudaksengal.blogspot.com

Apa yang admin rasa disini admin tak perlu tambah gadget follower di blog DS ini sebab ramai yang memaksa admin follow dia balik. Anda suka anda follow la.Tiada paksaan. Jagan paksa admin buat sedemikian. Kemungkinan besar juga selepas ini admin akan buat fugsi follower dangan cara update melalut e-mail atau RSS.

Pendapat Cik Lyssa Faizureen
Tahu jek Cik Lyssa yang aku buat entri pasal ni

**maaf bahasa agak kasar disini

Anda dan Earth Hour 2012


Earth Hour 2012 bakal tiba pada 31hb ini dan apakah sumbangan anda terhadap Earth Hour kali ini. Dunia sedang menderita. Perasan atau tidak sekarang ni. Hujan tak menentu, suhu semakin meningkat dan bencana alam semakin teruk. Pemanasan global. Peningkatan suhu dunia. Puncanya mudah, dari manusia itu sendiri. Isu pemanasan global sudah lama, tapi kesedaran itu masih kurang.

Sebut tentang  Earth Hour ada sesetengah pihak menyatakan bahawa Earth Hour hanyalah Muslihat Yahudi. Sebenarnya Earth Hour bukanlah datang dari Yahudi mahupun barat. Tetapi dari selatan iaitu Sydney Australia. Australia yahudi kah? Tidak bukan. Yahudi hanyalah sebuah negara kecil yang diberi nama Israel. Bukan semua negara barat itu yahudi.

Earth Hour mula-mula dilancarkan pada 2007 di Sydney. Earth Hour memberi ruang kepada dunia untuk sejuk buat seketika setelah menahan suhu yang tinggi setiap hari. Dalam program ni, kita disarankan untuk menutup peralatan elektrik yang mehasilkan haba selama sejam dengan tujuan untuk mengurangkan suhu persekitaran.

Dalam masa 60 minit adakah ia berbaloi untuk mengurangkan kesedihan dunia? Kalau dipandang pada usaha seorang tutup lampu selama sejam, memang tak berbaloi. Tak berkurang pun suhu bilik tu, kalau amik termometer pun tak turun suhu kat termometer tu. Tapi bila dipandang dari sudut 1 Dunia, ia cukup menyumbang untuk mengurangkan suhu dunia. Bayangkan satu negara seperti Malaysia, separuh daripadanya penduduknya menyertai Earth Hour dah berapa juta orang ? Kalau seluruh dunia? Ramai kan. Bergelap untuk seketika, bukankah ia suasana romantik? Selain tu, boleh gak jimat bil elektrik buat seketika.

Disini admin meyeru sepuya rakan-rakan megambil bahagian dalam Earth Hour kali ini pada 31hb mac 2012 8:30 malam - 9:30 malam bukan susah pun hanya tutup lampu, tutup internet tutup lappy tutup TV dalam masa 60 minit mudah kata tutup segala yang mehasilkan haba. Jika terlalu gelap.. takut la katakan cukup lah hanya meyalakan sebatang lilin. Masa depan dunia berada di tangan anda sekarang.



Dimana gambar yang di muat-naik di blogger ?

Soalan ini ditanya oleh Cik Zaza Nur Iman (bukan nama sebenar). Bagaimana nak delete atau nak cari semula gambar-gambar yang telah di muat-naik di blogger?

Admin jawab. Setiap gambar yang di muat-naik di blogger akan disimpan di album web Picasa. Jika kita nak lihat balik gambar-gambar tersebut layari sahaja laman web album picasa di picasaweb.google.com. Daftar masuk dengan akaun yang sama denga akaun blog. Anda nak delete, nak guna balik, nak download dan sebagainya boleh lah ke web picasa ni. 

Album web Picasa blog Dimensi Siber

Selain itu picasa juga meyediakan software untuk edit dan lihat gambar yang amat mudah berbanding Photoshop. Admin gunakan software ini untuk lihat gambar yang mempunyai saiz yang besar dari monitor dengan lebih mudah. Untuk muat turun picasa klik sini.


Lajukan Pelayar Web


SpeedyFox adalah satu software mudah yang boleh meningkatkan kepantasan Mozilla Firefox, Google Chrome, Skype dan Thunderbird dalam satu klik. Ia berfungsi pada Mac dan Windows dan percuma.


SpeedyFox mengurangkan saiz pangkalan data dalam pelayar web. Untuk menggunakan SpeedyFox, hanya menjalankan program ini dan ia secara automatik akan mengesan profil yang ada dalam komputer anda. Dalam kes profil tertentu tidak dapat dikesan, anda boleh menambah profil adat dari menu Speedyfox. 

**Ini adalah cara untuk cepatkan pelayar web anda dibuka, bukan untuk lajukan internet anda


 

e-mail yang unik


Biasa kita penah dengar domain e-mail seperti @yahoo.com @gmail.com @hotmail.com dan sebagainya. Tapi penahkah anda  jumpe domain yang unik seperti @hackermail.com @myself.com @engineer.com @doktor.com @programmer.net @linuxmail.org @photographer.net @alumni.com @muslim.com dan banyak lagi. Anda penah jumpe ?

Admin pernah la jumpe dan baru sekarang terniat mencari dimana untuk  mendaftar e-mail tersebut. Jika anda nak memiliki e-mail yang unik ni boleh la daftar di www.mail.com dan pilih lah domail yang anda suka.





Youtube Malaysia


Google Malaysia telah membuka domain baru untuk Youtube Malaysia di www.youtube.com.my semasa acara rasmi di Kuala Lumpur pada 22hb mac yang lalu. Dalam kempen kerajaan untuk martabat bahasa Melayu boleh lah melayari youtube dalam bahasa Melayu. Bagi yang tak suka bahasa sendiri pun tetap boleh guna bahasa asing ^^v.

Youtube Malaysia kini menyampaikan kandungan tempatan yang berkaitan untuk rakyat Malaysia dan lebih mudah untuk menyerlahkan kandungan dari rakan kongsi tempatan seperti KRU Studios dan banyak lagi.

Pengguna boleh mengakses Youtube Malaysia di www.youtube.com.my atau dengan memilih "Malaysia" di bahagian bawah laman web YouTube.





Adobe Photoshop CS6 Beta



Adobe Photoshop CS6 Beta telah dilepaskan beberapa hari yang lalu dan boleh muat-turun secara percuma.

Muat-turun disini / Download Photoshop CS6 :-

 Windows (ZIP, 1.7 GB)
Mac (DMG, 984 MB)



Remove Timeline Dengan Selamat


Ramai yang tak suka facebook timeline dan ramai berhijrah ke Twitter termasuklah admin sendiri. Banyak cara untuk 'remove timeline' nih tetapi adakah ia selamat? Apa yang kita muat turun? Apa yang kita install? Sebagai contoh baca cacatan lama disini. Sudah baca kan? itu adalah salah satu penipuan untuk 'remove timeline' dan ada banyak lagi cara yang menipu penguna.

Tak nak tulis banyak-banyak, terus ke tajuk asal cara nak remove timeline dengan selamat tanpa virus dan sebagainya. Caranya mudah saja :



2) Pilih pelayar web yang anda gunakan


3) Klik Install



Siap. Cuba buka wall facebook anda. Ini adalah add-ons pelayar web. Pelayar web yang install add-ons ini sajaha yang boleh hilangkan facebook timeline. Tidak perlu ragu-ragu dengan cara ini.




Godaan Ultrabook

Ini adalah satu eksperimen sosial dari Intel yang ingin meneroka siapa yang sanggup lakukan untuk mendapatkan Ultrabook

1) Pecahkan kaca demi ultrabook 




2) Cari Gali



3) Godaan Melampau



4) Gembira Gila-gila



5) Naik Turun Tangga



6) Pujuk memujuk



**Jemput komen

http dan https


Hypertext Transfer Protocol (http) adalah applikasi protokol atau undang-undang internet dan Hypertext Transfer Protocol Secure (https) adalah gabungan Hypertext Transfer Protocol (http) dengan protokol SSL/TLS SSL/TLS pula adalah protokol yang menyediakan keselamatan komunikasi melalui Internet.

Perbezaan disini hanya pernambahan huruf  's'. Huruf 's' disini adalah singkatan kepada Secure atau dalam bahasa melayu bermaksud selamat. Bila dah ada s tu bermakna sesebuat laman web itu mementingkan ciri-ciri keselamatan seperti Bank. Jika sesebuah lama web itu tidak menunjukan sama ada http mahupun https maka ia mengunakan http sahaja.

Lihat gambar di bawah facebook admin dalam https. facebook anda ?

facebook dalam https

Nampak tak. Jika tak nampak klik pada gambar untuk besarkan. Untuk buat facebook anda mengunakan https klik sini untuk tutorial.

Virus dalam Mac OS X (18sx)



Penipuan malware Trojan baru yang dipanggil Revir dan Imuler telah terbongkar, cuba untuk memaksa pengguna Mac untuk memasang malware pada sistem mereka, dan kemudian menghantar maklumat peribadi kepada server.

Imuler/Revir Trojan

Lihat gambar di atas. Apabila fail yang mengandungi virus dibuka, di antara fail-fail imej di atas adalah virus (dalam petak merah), yang menyamar untuk kelihatan seperti imej yang lain. Jika anda perasan extension .app bukan .jpg

**Harap maaf virus ni memeng keluar gambar yang kurang berpatutan.


Tip Menjaga Komputer : Cuci Komputer

CCleaner perisian wajid ada dalam OS windows.



CCleaner menyokong pembersihan fail-fail sementara dan yang tidak diingini yang ditinggalkan oleh program tertentu, termasuk Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Opera, Safari, Windows Media Player, eMule, Google Toolbar, Netscape, Microsoft Office, Nero, Adobe Acrobat, McAfee, AdobeFlash Player, Sun Java, WinRAR, WinAce, WinZip, GIMP dan aplikasi lain bersama-sama dengan cookies, Recycle bin, serpihan fail, fail log, cache sistem, data aplikasi, sejarah jejak, dan pelbagai data yang lain. Program ini juga membersih registry untuk mencari dan memperbetulkan masalah-masalah di dalam Windows Registry.

CCleaner boleh digunakan untuk uninstall program. Di samping itu, CCleaner membolehkan pengubahan memulakan program, sama seperti utiliti Microsoft Windows MSConfig. Pengguna boleh mematikan start-up program.
Cleaner - Tekan je Run Cleaner
Registry - Tekan scan kemuadian fix
Yang lain-lain pandai sendiri la nak godam. Admin hanya tunjuk 2 bahagian yang penting sahaja. Admin cadangkan guna sebelum buka dan tutup komputer. Bagi yang tak penah cuci memang ambik masa yang lama.
Untuk muat-turun Klik sini

Layari internet dalam 3D


Pada beberapa hari yang lepas Firefox 11 telah pun dilepaskan. Apa yang menarik dalam firefox 11 ni kita boleh melayari internet dalam 3D. Selain itu kita boleh memeriksa html dan css dengan lebih mudah sesebuat laman web atau blog. Hehe senang nak curi templete ke apa.

Jika anda ingin mencubanya sila muat-turun firefox versi terbaru dan sila install adds-on Tilt 3D disini. Bila dah install tekan ( Ctrnl + Shift + L ) untuk aktifkan.


Untuk lebih lanjud mengenai masa depan firefox klik sini

Linux Deepin 11

Gnome 3 dan  Gnome Shell

Admin tertarik dengan kekemasan set up gnome shell Linux Deepin ni. Gnome shell ni ape pulak. Gnome ni salah satu antara muka Linux dan macintos atau apple pun mengunakan Gnome sebagai GUI. Gambar di atas adalah GUI biasa bagi Gnome dan admin sudah mengunanya dalam linux ubuntu. Bagi admin Gnome Shell ini agak serabut termasuklah Unity yang digunakan dalam Ubuntu.

Sekarang kita lihat GUI Gnome dalam Linux Deepin pulak :-



Lebih tersusun bukan. Jika anda penguna Windows munking anda tidak tahu apa-apa kan. Nak cuba anda boleh guna secara Live atau format terus komputer anda. Untuk muat-turun klik sini.

Keperluan

Minimum
Intel Pentium IV 2.0GHz
512MB RAM
5GB Harddisk space
Recommended
Intel Core 2 Duo
1GB RAM
20GB Harddisk space

e-mail dan Hacker


Dalam cacatan yang lepas-lepas admin ada berpesan supaya jangan paparkan e-mail peribadi di facebook, blog atau mana-mana laman sosial dan site. Hari ini admin nak tunjukan bagaimana seseorang dapat godam laman sosial hanya mengunakan e-mail mangsa. Contoh yang ditunjukan ini adalah laman sosial facebook:-


  1. Dapatkan e-mail mangsa.
  2. Usahakan supaya memperoleh log masuk e-mail mangsa  dengan menggunakan Phishing, keylogger, biskut, dan sebagainya.
  3. Log masuk kedalam akaun e-mail mangsa.
  4. Cari samaada email tersebut mempunyai akses facebook, jika ada cuba recovery(forgot password) facebook melalui e-mail mangsa.
  5. Log masuk ke akaun Facebook mangsa. siap ^^v
Hanya 5 langkah akaun anda digodam. Kesimpulan disini jika anda ingin menggunakan e-mail untuk urusan peribadi sila gunakan e-mail yang tiada pautan dangan akaun lain. Jika e-mail anda digodam hanya e-mail anda sahaja akaun anda yang lain masih selamat.


sYaM92x Dan UiTM Dihatiku

Kisah 1
Ingatkah lagi pada 16 Jun 2011 sewaktu anonymous menyerang portal kerajaan? Dalam banyak-banyak pertal kerajaan yang digodam. Admin tertarik dengan satu potal kerajaan yang digodam ni. Portal tersebuat ialah Portal UiTM Penang. Munking ramai yang dah tahu, sebab benda dah lama kan. Bagi yang tidak tahu admin nak kongsi apa yang menarik.

Mula-mula kita lihat gambar portal UiTM Penang yang digodam siap dengan lagu selamat hari jadi dari Upin & Ipin ni :-


Dapat baca tak apa yang tertulis tu ? tak dapat tak apa admin salin balik :-

Happy Birthday UiTM penang ke 15
sempena 15 tahun, page ini sebagai hadiah
:p
BTW, Pn Wan Anishah kerana bagi A dalam kos CSC
harap kita jumpe lagi tahun depan
byeeee..
-Defacer-
sYaM92x

Itu gambar. Jom kita tonton video ini pulak kat sini. Lagu apa yang keluar? hehe

Kisah 2
Kisah 1 kes sYaM92x godam portal UiTM penang Tahun 2011. Pada tahun 2010 sYaM92 ini jugalah yang sebarkan virus shortcut di serata UiTM. Virus ini mula tersebar di UiTM Pahang dan admin berada di semesta 3. Admin pun godam la virus ni nak tahu dimana kelemahan dia kan. Lepas dah tahu. Admin adalah salah satu yang meneutralkan komputer-komputer yang kena virus ni. Hebat jugak la admin ni ek dapat godam virus yang dibuat oleh sYam92x nie.. hehe puji diri sendiri padahal tak hebat mana pun.

Lihat gambar kat bawah ni. Semua folder jadi shortcut :-


Ramai budak kata virus ini mehilangkan semua dokumen dan file. Tapi sebenarnya tidak. Admin boleh lagi selamatkan dokumen dan file tersebut dangan cara admin tersendiri. Selepas admin bersusah payah meneutralkan virus ni secara manual dan masalah virus ni dah bekurangan barulah admin dapat anti-virus shortcut daripada sYaM92. sYaM92x yang buat virus ni dia jugalah yang buat penawarnya.

Nampak tak Created by sYaM92x
 

**Kepada rakan-rakan CS UiTM Pahang, bila pulak kita nak hack portal UiTM Pahang sebagai tanda terima kasih. ooops hanya gurauan.



Post status dari server / client




Siapa penah baca status dari sever dan client? Hehe ingat anda sehaja yang boleh post status di facebook, tweet di twitter atau sebagainya. Jom kenali status respon pada client dan server :-

Successful 2xx
200 OK
201 Created
202 Accepted
203 Non-Authoritative Information
204 No Content
205 Reset Content
206 Partial Content


Client Error 4xx
400 Bad Request
401 Unauthorized
402 Payment Required
403 Forbidden
404 Not Found
405 Method Not Allowed
406 Not Acceptable
407 Proxy Authentication Required
408 Request Timeout
409 Conflict
410 Gone
411 Length Required
412 Precondition Failed
413 Request Entity Too Large
414 Request-URI Too Long
415 Unsupported Media Type

Server Error 5xx
500 Internal Server Error
501 Not Implemented
502 Bad Gateway
503 Service Unavailable
504 Gateway Timeout
505 HTTP Version Not Supported




Tip Menjaga Komputer : Uninstall



Ini adalah kemaskini daripada cacatan lama, baca sini. Dah baca kan. Disini DS nak bagi tahu ada software yang lebih baik dari revo uninstaller. Dimana revo uninstaller perlu beli untuk dapakan versi penuh

Software yang dimaksudkan ialah IObit Uninstaller. Ia adalah 100% percuma dan banyak forum-forum di internet menyatakan IObit Uninstaller lebih baik dari Revo uninstaller PRO (berbanyar). Buat apa kita beli software sedangkan yang percuma ada dan lebih baik, betul kan.

Kelebihan IObit Uninstaller:-
  • Membantu anda uninstall dan membuang program yang tidak diingini dan folder dari komputer anda dengan pantas dan mudah.
  • Percuma dan setaraf dengan software berbanyar.
  • Mencari dan membuang fail yang tidak perlu  secara paksa.
  • Boleh uninstall secara banyak (Batch Uninstall)




Untuk muat-turun klik sini

Apple : The New iPad

iPad 3 yang dikenali sebagai The New iPad memfokuskan kepada paparan Retina. DS tak nak ulas banyak sebab dah banyak blog ulas benda ni. Jom lihat iklan iPad nie :-



TV Online : Al-Hijrah


Super Mario : Pengembaraan Mario untuk terus hidup



**Harap maaf gambar dikecilkan atas sebab-sebab tertentu.

Dunia Internet Dalam Sehari

Blog DS kena spam dalam fibox


Lihat gambar di atas ada 38 spam dari barua ni. Siapa pulak berua nih ? hmm... itu DS tak tahu kenapa, munking nak lepas marah agaknya.

Selepas DS dapat tahu, DS terus padam dan siap kira lagi ada berapa.. hehe.
Lihat gambar di bawah ini pulak :-

**Nampak gayanya DS dah ada musuh ! siapa yang salah ?

Berita Hacker : Pepijat dalam site Google, Facebook, Apple dan Microsoft

Cim Stordal White Hat Hacker


Seorang remaja, Cim Stordal telah menerima penghormatan Google Security Hall of Fame daripada Apple dan Microsoft setelah melaporkan terdapat 'lubang' vulnerability atau bugs yang memudahkan black hat Hacker menceroboh laman web mereka dengan mudah.

Penghormatan itu diberikan setelah Stordal melaporkan bugs kepada Apple dan Microsoft manakala Facebook pula memberikan Stordal kad kredit Visa berjumlah $500 atas nama Elite White Hat Visa setelah menjumpai 'lubang' kebocoran di laman sosial terkemuka Facebook itu.

Stordal menjumpai 'lubang' bugs di Facebook setelah mencuba selama 4 hari, Google selama 3 hari dan paling mudah adalah Apple yang hanya mengambil masa selama 5 minit untuk beliau ceroboh masuk.

** Tidak semua hacker tu jahat 

Segmen : Maksud header blog saya ialah




Ini header blog aku..
Mudah je kan..
Aku memeng suka benda yang mudah-mudah ni sebab tak nampak serabut sangat..

Kembali dalam segmen abang ben ni..
Aku masih tidak puas hati dengan header dan templete aku. 

Maksud header blog aku ialah :
Ringkas tetapi penuh dengan informasi siber


TV Online : TV3



TV Online : TV1



TV Online : TV2



Berita Hacker : Terus godam

 

KUALA LUMPUR: Selepas mendakwa berjaya menggodam laman facebook yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura baru-baru ini, sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ meneruskan aktiviti berkenaan terhadap beberapa laman web dipercayai menghina agama Islam.

Kumpulan berkenaan kali ini mendakwa melumpuhkan sebuah laman web, ‘Burn The Quran’ yang secara terang-terangan menghina kitab suci agama Islam apabila menyediakan aplikasi bagi membolehkan pelawat ‘membakar’ al-Quran.

Kumpulan itu yang dihubungi menerusi e-mel berkata, aplikasi berkenaan menyediakan satu butang bertulis ‘burn it’ di bawah satu paparan gambar senaskhah al-Quran dan gambar berkenaan seolah-olah terbakar setiap kali ditekan.

“Setiap kali butang berkenaan ditekan pengunjung laman web itu, jumlah al-Quran yang dibakar akan meningkat malah sebelum laman itu dilumpuhkan jumlah kononnya kitab suci itu dibakar adalah sebanyak 237,360.

“Selain mengajak membakar kitab suci al-Quran satu persatu di alam maya, laman itu turut memaparkan penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad dengan lukisan kartun tanpa memakai baju,” katanya.

 Dibawah gambar site tersebut :-

 


Etika dalam copy paste

Blog Dimensi Siber dicetak-rompak tanpa kebenaran mahupun kredit. Terima kasih kepada yang melaporkan.



Blog rakan-rakan  pun turut disalin. Bagaimana DS tahu, DS lihat warna latar belakang tulisan ada warna berlainan dengan latar belakang blog beliau. Ini sebab Blog lain guna warna latar lain dan beliau guna warna latar lain. Sebagai contoh seperti gambar dibawah. Memang tak sesuai dengan warna, sakit mata pun ada. Persoalan disini adakah semua cacatan dalam blog beliau salin dari blog lain ??



Disini DS nak kungsi Etika DS dalam salin dari blog orang. DS pun tidak terlepas dari salin dari blog orang tapi tidak la 100 %. DS ambik apa yg DS mahu dan tidak lupa kredit kepada blog/site tersebuat. Jika boleh mintak izin dahulu walaupun hanya untuk sekeping gambar.

Secara jujur DS bagi tahu untuk DS buat sesuatu cacatan ada yang makan masa beberapa hari, bukan dalam masa 1 jam, Malah DS terpaksa rujuk kepada buku-buku. Anda hanya ambik masa 2 minit. Blog yang macam ni memang sasaran hacker.

wakaupun berkungsi ilmu tidak salah tapi ingatlah etika dalam berblog ni sedangkan kita nak berak pun ada etika. Yang penting sekali ialah jika cacatan yang anda tulis itu salah, orang akan cari anda disebabkan tiada kredit. Adakah anda nak bertangungjawab ?

Cacatan ini mula ditulis pada jam 8.00 malam dan siap pada 9.22 malam. Termasuk edit gambar dan sebagainya. Nampak tak cacatan yang remeh cam ni pun ambik masa lebih 1 jam.

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .