2013 - Tizen Atau Android ?


Android tak perlu dijelaskan disini ramai sudah tahu akan sistem operasi berasaskan linux ini yang dibagunkan oleh google.

Apa Itu Tizen ?
Tizen juga merupakan sistem operasi  untuk peranti mudah alih seperti tablet, telefon pintar dan netbook sama seperti Android. Tizen juga dijalankan pada televisyen pintar.

Tizen juga merupakan perisian Sumber Terbuka dan dibawah Linux Foundation. Ia menyediakan persekitaran yang teguh dan fleksibel untuk pembangun aplikasi, berdasarkan HTML5. Dengan keupayaan yang teguh HTML5 dan pelbagai fleksibiliti platform, ia cepat menjadi persekitaran pembangunan pilihan bagi aplikasi dan perkhidmatan mudah alih. Tizen SDK dan API membolehkan pemaju untuk menggunakan HTML5 dan teknologi web yang berkaitan untuk menulis aplikasi yang berjalan merentasi pelbagai peranti.

Tizen Pencabar Baru Android
Mulai 2013 peranti Tizen akan mula berkembang dan dipasarkan. Antara pemaju yang akan memasarkan peranti Tizen ini ialah Samsung, Vodafone dan juga DoCoMo, dan akan bertambah dari masa ke semasa. Adakah Tizen mampu menawan populariti Android? Penguna yang kan tentukan.

Kehadiran Firefox OS
Firefox OS yang dibagunkan oleh Mozilla juga akan dilancarkan pada tahun 2013. Adakah Firefox OS sudah bersedia untuk bersaing?  Sama-sama kita nantikan.



1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .