ASUS Sentuhan Istimewa Windows 8

 Windows 8 berada di bibir semua pengguna dan pengeluar di seluruh dunia, dan ASUS tidak terkecuali daripada pengalaman ini. Dengan terlancarnya kempen “In Search of Incredible”, mereka telah melancarkan beberapa produk yang berasaskan Windows 8 ke pasaran Malaysia.

Dipamerkan bersempena kempen bergerak yang berlangsung di Lembah Kelang, kesemua model yang akan dibawa oleh ASUS Malaysia memberikan konsumer cara penggunaan yang senang, rekabentuk yang inovatif serta kawalan sentuhan yang tepat. ASUS tahu akan kehendak pengguna masa kini, dan akan terus berusaha untuk menjangkau jangkaan dan memberikan kepuasan untuk pengguna.

Pengurus Besar ASUS Malaysia, George Su berkata,” ASUS bersama-sama Intel dan Microsoft berserta semangat kami untuk sentiasa mencapai inovasi terunggul, kami berada di hadapan di dalam era baru ini yang menggunakan pengkomputeran awan, di mana setiap peranti perlu sentiasa bergerak, boleh digunakan dengan mudah dan senang dipakai. Dengan kempen bergerak ini, kami berharap konsumer dapat menikmati produk-produk baru kami dan mencuba apa yang baru, akan datang ke dalam tangan mereka. Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang menjalankan kempen “In Search of Incredible” ini.”

Diantara model-model yang akan datang ke pasaran Malaysia termasuklah ASUS Taichi, ASUS ZENBOOK yang dikemas kini, ASUS VivoBook dan juga ASUS VivoTab.

Kesemua produk ini akan dikuasai sama-ada dengan cip NVidia Tegra 3, Intel Atom, Core i3, Core i5 ataupun Core i7 yang terbaru. Kesemua produk ini akan dipasang dengan Windows 8 (Windows RT untuk VivoTab RT) berserta waranti tempatan.

VivoTab RT boleh dibeli dengan harga RM2199 manakala model-model yang lain akan diumumkan harganya kelak.

ASUS Memberikan Sentuhan Istimewa Untuk Windows 8



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .