Bola Kampung The Movie - Apabila Fantasi Melangkaui Realiti

Pembuka dunia filem animasi tempatan 2013 kini Bola Kampung The Movie akan mula beraksi di pawagam mulai 21hb mac 2013. Filem ini akan menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dengan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya. Filem yang mengambil masa dua tahun sebagai persediaan itu akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.


Sinopsis Bola Kampung The Movie
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.

Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan adiwira Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda sains komputer kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.

“Apabila Fantasi Melangkaui Realiti”

Layari bolakampungmovie.com



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .