Canonical Umumkan Ubuntu OS Untuk Telefon Pintar


Apakah yang akan diumumkan Canonical-Ubuntu sejak semalam? Ubuntu untuk telefon pintar telah pun dilancarkan hari ini dan peranti telefon pintar yang dilengkapi sistem operasi Ubuntu untuk telefon pintar akan dikeuarkan pada tahun 2014 kelak.


Pembukaan dunia gadget pada tahun ini dengan pengumuman Ubuntu untuk telefon pintar. Ubuntu untuk telefon pintar ini mampu beroperasi seperti kebanyakkan sistem operasi telefon pintar pada hari ini menjadikan ia sebuah sitem operasi yang lengkap, tidak seperti sistem operasi telefon pintar yang lain. Ia berupaya menjadi sebuah komputer peribadi bukan hanya sekadar telefon pintar.

Ciri-ciri pada Ubuntu untuk telefon ini adalah ia sama seperti Ubuntu Desktop. Edge Magic – penggunaan 'gesture' dari bucu skrin untuk memudahkan pengguna mengubah aplikasi ataupun membuat carian dan sebagainya. Kandungan intergrasi yang lebih menyeluruh dan sokongan carian kandungan, aplikasi dan produk dengan lebih mudah. Selain itu ia membawa kebolehan arahan suara dan teks, membolehkan peranti dikawal dalam pelbagai kaedah dan turut menyokong aplikasi natif dan juga HTML5.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .