CPU Atau SU

Disini admin nak betulkan istilah penguna kerana masih ramai yang tak tahu beza antara CPU dan SU.  Ada yang memanggil SU sebagai CPU.  Kebiasaanya, penguna sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan. 

Apa Itu CPU ?
CPU atau Central Processing Unit (unit pemprosesan pusat) adalah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) yang mengawal aliran aturcara, dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.

Ini dia contoh CPU, bersaiz kecil  lebih kurang 1 inci sahaja
Bahagian-bahagian  yang ada pada CPU adalah seperti cache dan pengawal input/output. CPU juga dikenali senagai cip pemprosesan atau processor. Contoh jenama CPU yang terkenal ialah Intel dan AMD.

Apa Itu SU ?
SU atau Sistem Unit (unit asas) adalah litar komputer yang yang lengkap dengan CPU, Papan Induk, PSU, cakera keras, RAM dan lain-lain komponen dalaman komputer yang lain.

Ini dia Sistem Unit yang disalah erti sebagai CPU





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .