Kenali Komputer Raspberry Pi


Apa Itu Raspberry Pi ?
Raspberry Pi adalah sebuah komputer dalam saiz kad kredit, ia hanya papan induk tunggal yang membolehkan penguna membuat pelbagai perkara seperti pada komputer biasa, yang dijalankan dengan sistem operasi Linux. Buat masa ini, ia menyokong Fedora, Debian dan ArchLinux padanya, dan mungkin banyak lagi sistem operasi akan disokong dalam masa terdekat.


Raspberry Pi dibangunkan di UK oleh Raspberry Pi Foundation dengan niat merangsang pengajaran asas sains komputer di semua peringkat. Ia mudah dibawa kemana sahaja dan dikhaskan untuk pengaturcaraan (programming)

Ia dibangunkan menggunakan CPU ARM 11 700MHz dan  256Mb RAM. Keupayaan mod Turbo juga disokong supaya pengguna boleh cuba 'Overclocking', sehingga kepada 1 GHz, tanpa menjejaskan pekakasan. Spesifikasi ini juga akan berubah dari masa ke semasa. Harga jualannya di pasaran tempatan adalah sekitar RM145.





1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .