LTE 4G Akan Berada Di Malaysia


SKMM telah pun mengumumkan peruntukan gelombang spektrum 2600MHz untuk LTE yang mana 10 hingga 15 kali ganda laju dari 3G.

LTE atau nama penuhnya Long Term Evolution merupakan generasi baru untuk jalur-lebar mudah-alih, yang mana membolehkan para pengguna menikmati kelajuan akses internet melangkaui 100 Mbps pada peranti mereka.

Kebanyakkan peranti-peranti baru, terutamanya tablet dan juga telefon pintar didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE, dan boleh dikatakan kebanyakkannya menyokong spektrum 2600MHz padanya.


Menurut SKMM, syarikat telekomunikasi dijangka akan bekerjasama antara satu sama lain, dalam membolehkan rangkaian mereka dikongsi, sekaligus membolehkan rangkaian LTE ini diperkenalkan dengan meluas dalam tempoh yang singkat.

Mulai tahun 2013 ini syarikan telekomunikasi Malaysia akan mula mempromosikan LTE 4G ini sekaligus dapat mengatasi masalah talian sesak seperti perhidmatan pangilan yang putus-putus dan SMS yang lambat dihantar.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .