Ulasan HTC Desire V Dual SIM

Berat: 114 g
Prosessor: 1 GHz single-core Cortex-A5
Memori: 512 MB RAM
Storan: 4 GB
Sistem Operasi: Android 4.0 ICS
Paparan: 4-inch, 480 x 800 piksel
Grafik: Adreno 200
Sambungan: 3.5 mm stereo audio jack, Bluetooth, Wi-Fi: IEEE 802.11b/g/n,micro-USB

Nilai: 6/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 7/10
Rekabentuk: 9/10
Penggunaan: 8/10
Markah Ujian:
Antutu: 2866
Quadrant: 1807
Hasil Ujian: Walaupun fungsi dua sim amat bagus, namun harganya agak terlalu tinggi
Skor: 7.4/10

Dengan banyak telefon pintar yang menyokong dua SIM memasuki pasaran sekarang, pengeluar mula mengikuti trend ini bagi mengambil peluang permintaan tinggi. HTC adalah salah satu dari pengeluar yang memeluk idea ini dengan pantas walaupun ia jarang dijumpai pada telefon pintar. Dengan itu, mereka memperkenalkan Desire V. berdasarkan spesifikasi, amat senang dilihat yang ia adalah satu model kelas pertengahan. Mari kita lihat bagaimanakah prestasi sebenarnya.

Amat Selesa
Satu perkara yang saya suka dengan HTC, adalah mereka pandai mereka peranti yang selesa dipegang untuk jangka masa yang lama. Bahagian belakang Desire V yang mempunyai lengkuk untuk ia selesa digenggam dibuat dengan rapi dan ia tampak anggun dengan badan plastik telefon ini yang putih. Namun agak mengecewakan yang ia juga senang calar. Untuk menghalang ini, kamu perlu membeli sarung bagi telefon ini sebaik selepas dibeli takut ia akan nampak macam telefon samseng

Rekaan Bagus
Paparannya amat cantik tanpa sebarang piksel yang kelihatan. Sudut pandangan juga agak bagus, tapi di bawah cahaya terik pengguna mungkin perlu membawa telefon ini ke tempat yang lebih teduh lebih dahulu. Skrin mempunyai banyak warna yang terang tapi seperti telefon kelas pertengahan yang lain, warna hitamnya tak sedalam telefon kelas tinggi. Senang kata, paparannya cukup-cukup makan dan sesuai dengan telefon kelas ini.

Tetiba Perlahan
Mengikuti siri HTC One, Desire V juga dating bersama Android 4.0 dan juga antaramuka HTC Sense terus dari kotak. Ia tidaklah selancar yang saya harapkan. Selepas skrin rumah dipenuhi dengan wijet dan juga pintasan, ia terus menjadi lembab. Ada masa yang telefon ini terlekat di antara dua skrin. Ia dapat melarikan aplikasi dan game dengan betul tapi ada beberapa ketika yang telefon ini tak dapat menampung apa yang dilarikan. Malah ketika saya bermain Temple Run pada Desire V, ada beberapa ketika ia hanya berfungsi beberapa saat selepas arahan jari diberikan.

Dwi mod
Fungsi dwi SIM pada HTC Desire V amat senang difahami. Kedua – dua sim berada dalam mod bersedia pada masa ang sama dan telefon akan mengesan kad SIM yang mana yang menerima panggilan dan akan menyahaktifkan kad SIM yang satu lagi ketika kamu menjawab panggilan. Apabila menghantar SMS, terdapat dua butang ‘hantar’ yang berlainan yang menunjuk SIM mana yang digunakan. Satu fungsi yang amat senang, dan patut digunakan oleh telefon dwi SIM yang lain!





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .