Ulasan Samsung Galaxy Beam




Spesifikasi Samsung Galaxy Beam
Dimensi (HxWxD): 124 x 64.2 x 12.5 mm
Berat: 145.3 g
Prosessor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9
Memori: 768 MB RAM
Storan: 8 GB storage
Sistem Operasi: Android 2.3 Gingerbread
Paparan: 4.0-inch WVGA (800x480) TFT
Grafik: Mali-400
Sambungan: WiFi 802.11 b/g/n 2.4GHz, BT 3.0+HS, USB 2.0, MicroUSB, 3.5mm Ear Jack
Batteri: 2000mAh

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 7/10
Rekabentuk: 8/10
Penggunaan: 8/10
Markah Ujian:
Quadrant Standard: 2680
Hasil ujian: Pasaran niche tapi satu telefon pintar kelas pertengahan yang menarik
Skor: 8/10


Samsung, pengeluar dengan banyak idea, telah menggabungkan telefon pintar dengan projektor. Hasilnya adalah Samsung Galaxy Beam. Walaupun unik, ia bukanlah telefon berprojektor yang pertama kerana sudahpun muncul model yang nama sama pada 2010. Mungkinkah pengenalan kali kedua ini memberikan lebih hasil? Mari kita lihat

Tak Perlu Menguruskan Badan
Tak kisah kamu nak kata apa tapi saya tetap akan kelaskan telefon ini di dalam kategori “nipis”. Samsung berjaya memasukkan projektor ke dalamnya tanpa mengubah kenipisan keseluruhan dan juga ia masih tetap ringan. Dengan bezel kuning dan juga belakang yang dilindungi getah, ia selesa dipegang juga. Oleh kerana terpadat projektor, kamera berada di bawah sedikit dan mungkin senang ditutup oleh jari.

Tak Cukup Terang
Peminat AMOLED mungkin akan kecewa kerana Beam hanya menggunakan paparan 4.0 WVGA (800x480) TFT. Walaupun begitu, ia memaparkan kualiti warna yang bagus. Sungguhpun mempunyai masalah warna di paparan, kualiti gambar tampak benar. Saya gemar yang pada resolusi ini, teks masih lagi kelihatan tajam. Tapi di bawah matahari memang tak akan nampak apa-apa pada paparan ini.

Sistem Operasi Antik
Saya amat kecewa apabila mengetahui yang Beam masih lagi menggunakan Gingerbread. Ya tuan puan, ia masih lagi tidak menggunakan ICS. Sungguhpun begitu ia masih lagi satu telefon Android bersama antaramuka TouchWiz UX yang amat senang dipelajari dan intuitif. Telefon ini agak lancar walaupun skrin dipenuhi dengan wijet dan pintasan. Walaupun begitu terdapat beberapa ketika ia terasa lembab.

Pancar Segalanya!
Ini adalah fungsi yang paling menarik: projektor 15 lumens yang mampu memancarkan gambar sebesar 50 inci dan juga pembesar suara yang agak bagus. Dan bukan saja gambar, filem, internet, penyampaian, permainan dan juga skrin rumah juga boleh dipancarkan. Ia juga senang dibuka. Hanya tekan butang di atas kanan. Kualiti pancaran juga bagus namun ia memerlukan tempat yang agak gelap untuk berfungsi dengan baik.

Gabungan Bagus – Samsung Galaxy Beam





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .