Ulasan Sony Vaio Duo 11



Dimensi (HxWxD): 320 x 17.85 x 199mm
Berat: 1.3kg
Prosessor: Intel Core i5-3317U
Memori: 4GB DDR3L
Storan: 128GB SSD
Sistem Operasi: Microsoft Windows 8
Paparan: 11.6-inch OptiContrast Panel
Grafik: Intel HD 4000
Port: Ethernet (1000BASE-T/100BASE-TX/10BASE-T x 1); USB 3.0 (x1), USB 3.0 with USB charge (x1); VGA out; HDMI out; Memory Stick Duo / SD memory card combined slot

Saya terpaksa mengaku yang pengalaman saya dengan produk Sony Vaio yang dahulu agak kurang menyenangkan. Walaupun dari segi peranti bergaya, ia memang berkesan tetapi bagi produk untuk orang yang sukakan teknologi, ia adalah sebaliknya. Walaupun begitu saya merasakan yang Vaio Duo 11 ini agak bagus dan saya sukakannya. Tak ada apa yang menarik dari luarannya, walaupun ia menggunakan rekaan Windows Slate. Walaupun rekbentuknya agak jarang dijumpai, ia tidak menarik perhatian langsung (Editor: Woi, boring benar ke?). Dari segi produk Vaio, ia macam satu benda yang tak mungkin boleh difikirkan.

Ruangan Kecil
Vaio Duo 11 mempunyai papan kekunci yang mungkin terkecil dan paling tidak ergonomik sekali di bumi. Kekuncinya kecil dan kamu boleh melayar bahtera diantaranya (ini satu ayat sarkastik). Ya, ia mempunyai lampu, tetapi apalah sangat, banyak kekunci lain mempunyai lampu jugak. Tapi pandangan saya dengan cepat berubah apabila menggunakannya. Ia taklah begitu susah, malah saya dapat menaip beberapa artikel menggunakannya dengan selesa. Walaupun kekuncinya amat kecil, ada ruang yang cukup diantaranya untuk kamu tidak melakukan banyak kesilapan. Indah khabar dari rupa selalunya dikaitkan dengan produk vaio. Tapi kali ini ia terbalik sekali.

Blok Binaan
Dari segi binaan, ada terasa yang Sony masih belum siap dengan Vaio Duo 11 lagi. Sambungan plastik adalah bagai bangunan yang masih belum siap. Walaupun ia tak kukuh, tapi ia masih dapat menampung berat skrin dengan baik. Satu lagi yang saya jumpa adalah sambungan ini tidak boleh dipusing atau diubah sudutnya kecuali yang telah ditentukan. Ini agak mengecewakan kerana ada sudut untuk melihat skrin tanpa melihat silauan yang amat teruk.

Mari kita bermain!
Untuk menyenangkan diri, baik kamu memikirkan yang Vaio Duo 11 ini adalah satu tablet dengan papan kekunci binaan dalam. Ia mungkin lebih besar dari tablet yang biasa tetapi kamu mempunyai Intel Core i5 didalamnya. Jadi tiada masalah untuk bermain permainan yang ringan. Dan juga permainan lama pun boleh dilarikan pada Windows 8! Saya menguji dengan memuatkan Mechcommander (dengan pek ekspansi). Ia boleh dimuat turun secara percuma sejak beberapa tahun yang lalu, dan dengan skrin sentuh, saya memang terasa nak cuba. Setelah dicuba, memang terasa berbeza kalau dibandingkan saya bermain dengan menggunakan tetikus. Command and Conquer, sekarang juga percuma juga dicuba dan selepas itu Starcraft. Kami menjangkakan selepas ini pemain RTS profesional akan bermain bagai pemain dram kerana jari sentiasa mengetuk skrin.

Andai Dipisah Lagu Dan Irama
Audio juga amat bagus (atau tidak, bergantung pada siapa yang kamu tanya). Kebanyakan slate/Ultrabook/Tablet dibina dengan menjangkakan pengguna akan menggunakan fon kepala. Keluarga Vaio juga tidak terkecuali. Namun dengan Vaio Duo II ini, pembesar suaranya adalah jauh berbeza dari yang terdapat pada tablet biasa. Walaupun tak begitu hebat, tapi ia sudah cukup untuk kamu mendengar bunyi tanpa perlu menekap telinga padanya. Ini bagi kami yang tiada harapan yang tinggi, sudah lebih dari cukup.

Kepelikan Stailus.
Seperti Slate lain, Vaio Duo 11 juga datang dengan stailus. Juga seperti slate lain, stailus ini tiada ruang penyimpanan. Dan kami agak pelik dengan kekurangan yang masih belum diperbaiki ini. Ya kami memang membawanya di dalam beg, tapi kamu tak mahu menyelongkar beg untuk mencarinya. Walaupun ia mempunyai fungsi taktil yang bagus, selesa dan juga senang digunakan, saya pasti ramai tak akan kisah kalau benda ini selalu hilang di dalam beg. Pengeluar slate SILA baiki ini.

Harga Untuk Kuasa
Selalunya dengan Sony, kesemua model Vaio (kecuali beberapa model bawah) terkenal dengan harganya yang agak tinggi. Ia juga sama dengan Vaio Duo 11. Walaupun begitu, dengan harga yang tinggi kamu akan mendapat peranti Windows 8 yang berkuasa. Tambahan lagi ia mempunyai prestasi yang sama dengan Ultrabook bertaraf tinggi dan boleh digunakan sebagai peranti mobil Win8 yang sesuai. Walaupun begitu pasti ramai yang akan kecewa dengan harganya.

Penggunaan Windows 8

Walaupun menggunakan Vaio Duo 11 adalah amat selesa, tapi ada beberapa ketika saya terasa kelembapan ketika melarikan fail di desktop. Mungkin ini kerana seting akaun pengguna Windows saya. Isu ini memang susah untuk dipastikan puncanya. Walaupun begitu mereka yang menghadkan interaksi hanya pada Start Screen pasti tak akan terasa apa beza. Saya rasakan yang Microsoft telah memastikan isu sebegini adalah sangat kecil dan tidak akan mengacau pengalaman menggunakan OS mereka. Ia menyasarkan bagi memberikan pengalaman pengguna yang selesa bagi majoriti pengguna Windows 8 apabila ia mula dikeluarkan nanti.
 







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .