BlackBerry 10 Dilancarkan Secara Rasmi



Sistem Operasi terbaru  BlackBerry 10 sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 30hb Jan lalu. Selain itu juga peranti pertama BlackBerry 10 juga diumumkan secara rasmi iaitu BlackBerry Z10 yang membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, dan juga BlackBerry Q10 yang membawakan peranti dengan sokongan papan kekunci QWERTY fizikal padanya.

Antara pengumuman lain penjenamaan semula Research In Motion (RIM) sebagai BlackBerry. Sama dengan produk dan juga syarikat. Untuk aplikasi BlackBerry 10 kini BlackBerry World mempunyai lebih daripada 70,000 aplikasi termasuk Angry Birds yang sudah diumumkan. BlackBerry Messenger (BBM) baru juga turut menyertakan panggilan suara dan video hanya mengunakan talian WiFi.

Ciri-ciri baru lain pada BlackBerry 10 adalah BlackBerry Flow, BlackBerry Hub dan BlackBerry Remember. Bagi penguna Malaysia peranti BlackBerry 10 akan hadir di Malaysia seawal 20hb Februari 2013 yang akan diumumkan dari segi harga dan infomasi lain yang berkaitan.






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .