Kajian Pengunaan Jalur Lebar Oleh SKMM


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan Kajian Pengguna Jalur Lebar Mudah Alih 2013 untuk mengumpul data berkaitan dengan penggunaan Internet. Ini adalah sebahagian daripada penyelidikan SKMM berkaitan penggunaan Internet di Malaysia. Hasil kajian ini akan membantu menambahbaikkan program Internet SKMM melalui peningkatan penggunaan jalur lebar.Kajian ini akan dijalankan melalui telefon sepenuhnya dan akan bermula pada 9 Mac 2013 sehingga 18 Julai 2013. Pungutan data akan berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad kecuali hari-hari kelepasan am Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Selangor. Pelanjutan tempoh kajian, sekiranya perlu, akan diumumkan dalam laman sesawang SKMM.

Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat dan tiada aktiviti jual-beli akan berlangsung. Responden akan dipilih secara rawak oleh komputer berdasarkan nombor telefon. Walaupun penyertaan adalah secara sukarela, kami memohon kerjasama daripada orang awam agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki. Maklumat yang dikumpul tidak akan dihebahkan kepada mana-mana pihak dan akan digunakan untuk kiraan statistik di peringkat kebangsaan semata-mata.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
(u/p: Jabatan Statistik)
Tel: +603 86 88 84 57 / +603 22 72 66 66
Faks: +603 86 88 10 50






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .