Libre Office 4 Dilepaskan


Dengan pelancaran Microsoft Office 2013 dari Microsoft baru baru ini. The Document Foundation juga tidak mahu ketinggalan dimana meraka telah pun melepaskan perisian pejabat meraka Libre Office 4.0 secara rasmi semalam.  Libre Office 4 merupakan satu altenatif bagi Microsoft Office yang lebih bebas dan sumber terbuka.
 
Libre Office datang dengan pelbagai ciri-ciri baru untuk pengguna serta beberapa perubahan penting.
Hampir 1500 perubahan kod yang disemak dan dibagunkan kembali. Berikut adalah beberapa ciri dan fungsi baru Libre Office 4 :

Sistem Pengurusan Kandungan
Libre Office kini mengintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Kandungan dan penyimpanan dokumen dalam talian melalui standard CMIS. Ini membolehkan anda untuk mengakses langsung dokumen yang disimpan pada ECM sistem seperti Microsoft SharePoint. 

Tema 
Libre Office kini boleh menukar tema dengan pengunaan dari personas Firefox.

Sokongan format Microsoft Office
Penguna tidak perlu risau akan mengimport dokumen dari Microsoft Office seperti RTF dan DOCX kerana sokongan ditambah baik dan sokogan Microsoft Publisher turut disertakan.

Selain untuk windows, Linux dan Mac OS, Libre Office juga akan turut hadir buat penguna mudah alih seperti Android. Untuk lain-lain pembaharuan penguna boleh baca disini.

Muat-Turun LibreOffice 4.0






2 comments:

  1. err.. kenapa barukutahu teknologi ini..? misti perisian dia mahal dari microsoft office sbb tu jarang digunakan secara meluas.. eh.., betul ke komen mcmnih..?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .