Samsung REX Diperkenalkan



Samsung REX merupakan nama yang digunakan oleh Samsung untuk siri telefon mudah-alih feature phone daripada mereka, yang mana turut dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri pintar, serta antaramuka popular TouchWiz padanya.

Seperti semua sedia maklum, negara-negara membangun dan ramai pengguna yang meminati feature phone, dimana Nokia melalui Nokia Asha agak popular. Semestinya Samsung tidak ingin ketinggalan dalamnya, dan kini memfokuskan sepenuhnya dengan siri Samsung REX.

Sebanyak empat peranti baru diperkenalkan, iaitu Samsung REX 90, REX 80, REX 70, dan juga REX 60. Setiap peranti membawakan rekabentuk yang berbeza, tetapi mengekalkan ciri-ciri peranti Samsung padanya. Ia turut dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, sokongan internet melalui Opera Mini, dan lebih kurang 10 permainan percuma daripada Gameloft.






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .