Sony PlayStation 4 Diumumkan


Konsol permainan popular dari Sony iaitu PlayStation dan pada hari semalam generasi baru Sony PlayStation generasi ke 4 (PS4) telah diumumkan secara rasmi dan akan hadir pada penghujung tahun 2013. Dari segi reka bentuk masih belum diketahui secara rasmi.

Selain membawa grafik yang lebih cantik ciri utama yang dibawa dalam Sony PlayStation 4 ini adalah sokongan stream (Internet) bermain terus dari internet. Secara langsung penguna perlukan talian internet untuk bermain. Sokongan sosial juga memudahkan pengguna mencari rakan untuk bermain bersama. Sokongan Gaikai pula, pengguna boleh memainkan permainan PlayStation 4 menggunakan PlayStation Vita, sekaligus membawa permainan anda kemana-mana dengan mudah. Lain-lain sokongan seperti HDMI, USB 3.0 dan Bluetooth 2.1

Ciri baru pada alat kawalannya DualShock 4 juga menyertakan beberapa penambahan, termasuk butang perkongsian pantas, touchpad, LightBar (membolehkan konsol mengetahui jarak pengguna) dan juga headphone jack

Dari segi spesifikasi pula, Sony PlayStation 4 mengunakan:-
  • CPU AMD 8-Teras
  • GPU AMD 1.8 teraflops
  • RAM 8GB GDDR5





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .