Telefon Pintar Firefox Diumumkan


Sistem operasi baru untuk peranti mudah alih Firefox OS yang menjadi isu hangat di semua blog-blog teknologi sejak tahun lepas lagi. Firefox OS yang berasaskan daripada teknologi HTML5 sepenuhnya kini pihak Mozilla mengumumkan peranti telefon pintar mekara akan mula dipasarkan.

Antara syarikat yang akan memasarkan peranti Firefox OS ini termasuklah ZTE, Alcate, LG, Huawei dan juga Sony. Bagi pihak  LG dan juga Huawei dikatakan peranti Firefox OS mereka akan hadir pada tahun ini manakala Sony seawal tahun 2014 kelak.

Sebagai pusat aplikasi untuk Firefox OS Mozilla menyediakan Mozilla Marketplace sebuah perkhidmatan memuat-turun aplikasi. Antara aplikasi yang sudah tersedia termasuklah Twitter, Facebook, SounCloud, dan permainan Cut The Rope. Mozilla Marketplace ini juga boleh digunakan untuk pelayar web firefox.

Adakan Firefox OS akan dapat menarik minat penguna dan adakah ia dapat atasi populariti peranti Android. Adalah juga Firefox OS sebagai altenatif baru untuk peranti yang lebih selamat dari Android yang kini diserang jutaan malware ?



2 comments:

  1. maaf tanya shafuan. alcate tu alcatel ke..?
    mozilla marketplace pun guna akaun google ke utk muatturun aplikasinya..?

    BalasPadam
  2. Yup alcate tu alcatel. L tertinggal..
    marketplace tu kena daftar akaun baru sendiri mcm nk daftar facebook..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .