Tiada Lagi Papan Induk Intel Pada Tahun 2017


Intel telah pun mengumumkan bahawa mereka akan keluar dari pasaran papan induk (motherboard). Dalam masa tiga tahun yang akan datang, Intel akan sedikit demi sedikit mengurangkan jumlah papan induk yang dikeluarkan oleh mereka ke pasaran. Intel akan terus mengeluarkan cipset untuk pengeluar lain seperti Gigabyte dan Asus, akan tetapi papan induk dengan jenama Intel tidak akan berada di pasaran selepas tahun 2016.

Jurutera yang terlibat di dalam pembangunan papan induk akan dipindahkan ke bahagian-bahagian lain untuk menyokong rakan sekerja mereka di dalam membangunkan komputer-komputer seperti Ultrabook.

Intel akan terus menjadi peneraju CPU walaupun mereka tidak lagi keluarkan papan induk sendiri.

Rujukan




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .