Ulasan HP Envy 4

Spesifikasi HP Envy 4
Dimensionsi (HxWxD): 340 x 235 x 1.9 mm
Berat: 1.75kg
Prosessor: Intel core i5-3317U
Memori: 4GB 1600mhz DDR3
Storan: 500 GB 5400 rpm + mSSD 32GB
Sistem Operasi: Windows 7
Paparan: 14-inch HD Brightview LED-backlit Display
Grafik: 2GB AMD Radeon HD 7670M
Ports: 2x USB 3.0, USB 2.0, HDMI, VGA, RJ45

Rekaan Menarik
Gajet yang direka bagi nampak lawa adalah satu benda yang dibenci. Ia tak efisyen, dan mementingkan gaya. Jurutera faham akan ini, tetapi selalunya pemasaran tidak. Spectre yang asal adalah mangsa keadaan sebegini. Walaupun nampak bergaya, ia terlampau berat kerana terlalu banyak kaca digunakan. Oleh itu bagi Spectre 4 kaca diminimakan hanya kecuali perlu. Ia bagaikan seekor paus telah menguruskan badannya, dan sekarang Spectre adalah satu komputer yang bagus. Walaupun ia masih agak berat tapi ini mungkin kerana kad grafik diskrit yang digunakannya. Apa – apapun ia masih kelihatan seperti Ultrabook.

Benda Yang Kecil
Ada beberapa benda kecil yang disukai dan dibenci pada Envy. Pad sentuhnya mempunyai fungsi bagi memadamkannya, dan ianya pad itu sendiri. Dari pertama sekali saya mendapat Envy 4, saya merasakan yang permukaan aluminium pada atasnya memberikan gaya yang tersendiri dan tidak nampak membosankan. Tapi tak sampai 5 minit kemudian saya dapati yang ia tak menyukai jari yang berminyak. Pertama kali benda ini berlaku pada saya.

Spesifikasi Berkuasa
Dari segi dalaman pula Envy 4 adalah bagai raksasa bertopengkan gadis lawa. Ia memang amat berkuasa. Dari segi kelasnya, saya rasakan ia mempunyai masa boot yang terpantas. Dan untuk perbandingan, ini termasuk juga dengan tablet dan telefon terbaik yang pernah saya guna. Walaupun begitu saya rasa lebih baik ujian tanda aras digunakan bagi mendapatkan nilai sebenar mesin sebegini. Dari segi itu, memang, Envy 4 ini amat istimewa terutama dari segi pemprosesan dan juga grafik. Hayat bateri adalah agak biasa tapi kalau nak dikira ini boleh dijangka dengan spesifikasi yang sebegini.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .