Muat Turun Google Chrome 26


Google Chrome 26 sudah pun dilepskan dan  membawakan sokongan Multi-User untuk pengguna Windows selain membawakan beberapa perkara baru untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Salah satu sokongan baru yang diperkenalkan pada saluran stabil Chrome hari ini adalah sokongan multi-user pada desktop. Sokongan yang hanya diperkenalkan pada Windows ini membolehkan pengguna menguruskan penggunaan pelayar web mereka pada desktop yang dikongsi, dimana boleh menetapkan beberapa pelayar web dengan pelbagai tetapan berbeza-beza.

Selain itu, beberapa perkara baru turut disertakan, termasuk salah satunya adalah dimana sokongan cadangan perkataan yang ditambah baik melalui fungsi “Ask Google For Suggestions”.
Bagi pengguna Chrome sedia ada, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, manakala untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya secara percuma.

Muat-Turun Google Chrome 26

Sumber : Amanz.my






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .