Syok.org Kini Tidak Membenarkan Berkongsi Fail Berhak Cipta


SYOK.org yang mempunyai ratusan ribu pengguna dan laman perkongsian fail yang popular di Malaysia kini mengubah arah tuju kepada bentuk perbincangan dan komuniti. Adalah dimaklumkan bahawa syok.org tidak membenarkan pengguna atau admin berkongsi mana-mana media sama ada filem, audio, permainan(game) dan lain-lain di bawah jagaan harta intelek Malaysia mahupun luar negara.

Ini kerana pihak berkuasa telah memerhati dan akan diambik tindakan dengan mematikan akses kepada beberapa laman perkongsian yang melakukan kesalahan hakcipta, dan kini syok.org dibawah pemerhatian pihak pihak berkuasa. Dinasihatkan juga kepada blogger lain juga mengambil perhatian supaya tidak berkogsi fail berhak-cipta atau cetak rompak. Laman perkongsian fail yang lain juga akan dipantau dan akan diambil tindakan.






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .