Ulasan Avast Anti-Virus 8 (2013)


Pada hujung bulan lalu perisian keselamatan  Avast 8 telah pun diumumkan secara rasmi.  Bagi penguna Avast adakah anda sudah kemaskini pada versi yang terkini? jika belum lakukannya sekarang. Prestasi dan kestabilan Avast 8 juga dipertingkatkan.

Bagi edisi percuma hanya menyediakan perhidmatan Antivirus, anti-spyware dan juga Anti-rootkit. Untuk perhidmatan penuh dengan anti-hacker, anti-spam, anti phishing terdapat dalam versi Internet Security.

Avast 8  menyertakan antaramuka baru yang lebih kemas, sekaligus memudahkan para pengguna membuat pilihan padanya. Disamping itu, ia turut menyertakan aplikasi baru dinamakan Software Updater, sekaligus memastikan aplikasi yang digunakan anda adalah versi terkini.

Disamping itu, sebuah aplikasi khas untuk pelayar web turut disertakan, dinamakan sebagai Browser Cleanup, memudahkan anda membuang pelbagai toolbar yang menganggu pada pelayar web dengan mudah.

Sokongan skrin sentuh juga disokong buat penguna windows 8. Antara sokongan baru lain termasuklan sokongan penuh  IPv6. Teknologi Hijau dimana penggunaan tenaga dan proses dikurangkan. Perlindungan web, P2P, internet, fail dan perlindungan asas lain.

Bagi penguna yang ingin mencubanya bolehlah muat- turun di laman utama Avast sekarang.






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .