AprilFool Tech 2013



YouTube Ditutup
Google sentiasa hadir dengan pelbagai lawak April Fool yang menarik, dan untuk tahun ini, mereka memulakannya dengan laman YouTube, dimana melalui sebuah video khas, mereka mengatakan YouTube tidak lagi akan menerima muat-naik baru pada perkhidmatan mereka. [Baca Sini]

Google Maps Dengan Harta Karun
Jikalau pada tahun lepas Google hadir dengan mod peta dalam bentuk 8-bit, untuk tahun ini pula, pasukan pemetaan Google hadir dengan mod harta karun, membolehkan pengguna mengakses dan melihat peta sepertimana peta harta karun. [Baca Sini]

Gmail Biru
Bersempena dengan 1 April, satu lagi jenaka daripada pihak Google hari ini adalah berkaitan dengan GMail, dimana mereka mengumumkan GMail Blue. [Baca Sini]

Google Nose Search
Selain daripada dua jenaka sebelum ini, kini Google turut hadir dengan yang ketiga, dimana melaluinya, Google mengatakan mereka ingin membawakan sokongan dan kebolehan untuk pengguna membuat carian berasaskan bau melalui enjin carian Google. [Baca Sini]

PRU 13 Secara Atas talian (Online)
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia hari ini memperlihatkan aplikasi E-UNDI di platform  Android, BB10, Windows Phone 8 dan Symbian. Aplikasi ini membolehkan warga Malaysia yang sudah berdaftar untuk membuang undi menggunakan telefon pintar milik mereka di PRU 13 akan datang. Ini bermakna Malaysia ialah negara pertama di cakerawala yang membenarkan rakyatnya mengundi di atas talian.  Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  berkata aplikasi ini dihasilkan kerana SPR menyedari proses mengundi harus berkembang mengikuti masa. Proses mengundi tradisional membuang masa pengundi dan tidak mesra pengguna. [Baca Sini]

Emoticon Google+
Selain daripada beberapa lawak April Fool daripada Google, salah satu fungsi baru yang ditambah oleh mereka pada laman Google+ kini adalah sokongan menambah emoticon pada gambar, berdasarkan kepada wajah seseorang pada gambar. [Baca Sini]

Twitter
Mengecaj $5 sebulan untuk menggunakan huruf vokal. [Baca Sini]

Sony Memperkenalkan  Peranti Untuk Haiwan Peliharaan
Dengan pelbagai lawak jenaka yang hadir pada hari ini, Sony turut sama tidak ingin ketinggalan, dimana mereka hadir dengan konsep keluarga peranti elektronik yang direkabentuk khas untuk haiwan peliharaan. [Baca Sini]







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .