Mozilla Membangunkan Enjin Pelayar Web Baru



Mozilla dengan kerja sama Samsung akan membangunkan generasi baru enjin pelayar web yang dioptimasikan untuk peranti mudah alih. Mozilla hari ini sudah popular dengan enjin pelayar web Gecko yg digunakan dalam Firefox dan beberapa pelayar web lain seperti Pale Moon, Comet Bird Waterfox dan banyak lagi.


Enjin pelayar web baru ini akan dikenali sebagai “Servo” yang direkabentuk khas untuk sistem operasi Android dan turut dioptimasikan untuk ARM. Servo juga akan mengunakan teknologi pengaturcaraan Mozilla sepenuhnya iaitu Mozilla Rust.

Buat masa ini ia masih di peringkat awal pembangunan dan masih tiada banyak maklumat tentangnya dan masih lagi tiada laman rasmi untuk Mozilla Servo ini. Selepas pembagunan Servo ini mungkin ia akan digunakan dalam perlayar web Firefox untuk Android kelak.

Rujukan







2 comments:

  1. wah, ada ek? tak tahu plak.. hahaha

    BalasPadam
  2. mozilla bekerjasama dgn samsung, Nokia?

    *pembangunan

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .