Virus/Malware Android Paling Merbahaya




1. Aplikasi perbankan palsu
Tujuan aplikasi ini mengutip maklumat perbankan pengguna. Pernah terjadi aplikasi jenis ini dimuat naik oleh individu dengan nama Droid09 ke Android Market.

2. Android.PjappsM
Virus ini dibenamkan dalam aplikasi “baik” dari Google Play yang diedar dilaman web luar untuk dimuat turun seperti aplikasi berbayar secara percuma. Fungsi kod jahat ini mencuri data dari mangsa kemudiannya menjadikan telefon sebagai botnet untuk menyerang peranti lain. Kod ini juga menghantar SMS berkos tinggi.

3. Android.Geinimi
Kod jahat ini menyerang Utara Amerika. Tujuannya lebih kepada menjadikan peranti mangsa sebagai botnet.

4. AndroidOS.FakePlayer
Virus ini mencuri informasi pengguna secara rahsia, ia menyamar sebagai aplikasi pemain mutimedia.

5. DroidDream (juga dikenali Android.Rootcager)
Virus ini berkeupayaan melakukan infeksi terhadap aplikasi pada Android Market.

6. Android.Bgserv
Virus ini menghapuskan saingannya DroidDream tetapi sifatnya terlalu merbahaya kerana ia mencuri IMEI dan nombor telefon dan memuat naik data curian ke server di China.

7. GGTracker
Kod jahat ini dipasang apabila pengguna diminta untuk memuat turun aplikasi penjimat bateri. Apabila dipasang, ia menghantar SMS berkos tinggi.

8. DroidKungFu
Virus ini dibenam melalui kemaskini aplikasi. Penulis virus ini mengedar aplikasi berguna pada Google Play atau Market. Apabila jumlah pengguna aplikasi cukup ramai ia mengedar kemaskini yang mengandungi kod virus ini.
sumber
 
#Ramai yang berpendapat Android tidak memerlukan anti-virus. Tetapi itu dahulu ketika Android masih lagi bebas dari virus dan malware. Kini Android terdedah pada lebih 1 juta jenis malware.







1 comments:

  1. nak install antivirus pun tak berani sbb takut masuk sekali malware.
    tapi masa awal2 beli memang dah install avg antivirus. kdg2 dia scan sendiri sbb tak pernah rajin nak scan..hehe..
    lepas ni nak gugel botnet.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .