Debian 7.0 Wheezy Dilepaskan



Setelah membangunkan projek Debian 7.0 sejak beberapa bulan yang lepas, kini pembangunnya secara rasmi telah mengeluarkan versi stabil mereka, sekaligus membolehkan para pengguna memuat-turun dan mencubanya pada komputer masing-masing bermula hari ini.

Dikenali dengan nama kod “Wheezy”, Debian 7.0 buat pertama kalinya membolehkan pengguna memasang versi 32-bit ataupun 64-bit pada komputer mereka (tanpa mengira architecture) dan menggunakan semua fungsi dengan baik tanpa masalah.

Debian 7.0 Wheezy juga turut sama membawakan pelbagai perisian dan aplikasi baru melaluinya, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.4, pelayar web Iceweasel 10, GIMP 2.8.2, Xfce 4.8, dan pelbagai perkara yang lain.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Debian 7.0 Wheezy dan memasangnya pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun Debian 7.0 Wheezy








0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .