Filem Angry Birds Akan Hadir 2016


Salah satu permainan kasual pada peranti mudah-alih yang terkenal adalah Angry Birds daripada Rovio. Setelah mereka hadir dengan beberapa siri permainan dan baru-baru ini dengan siri animasi, kini nampaknya filem Angry Birds akan diterbitkan dalam masa beberapa tahun lagi.

Filem Angry Birds ini akan dibuat sendiri oleh pihak Rovio, dan diedarkan oleh Sony Pictures Entertainment. Filem ini adalah berasaskan kepada animasi 3D, dan jalan ceritanya masih tidak diketahui buat masa ini.

Walaupun penjenamaan Angry Birds telah kukuh diseluruh dunia, namun adakah filemnya akan berjaya kelak? Apa pun, sama-sama kita nantikan bila ia diterbitkan pada Julai 2016 kelak.







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .