Google Chrome 27 Kini 5% Lebih Pantas


Seperti biasa, Google telah pun mengeluarkan kemaskini pelayar web Chrome mereka, dimana melalui Chrome 27 yang dilancarkan untuk pengguna desktop, ia kini membawakan pelbagai penambah-baikkan dan kemaskini untuknya.

Salah satu perkara yang dikongsikan oleh Google adalah dimana kini secara purata, sesebuah laman web itu dapat dibuka dengan lebih 5% pantas berbanding sebelumnya. Sokongan semakan ejaan juga telah dikemaskini, selain mana versi Adobe Flash baru yang turut diintegrasikan bersama-sama dengan Chrome 27 ini.

Lanjutan daripada pengumuman pihak Google pada acara Google I/O 2013 yang lepas, kini mereka telah mengemaskini sokongan carian suara pada Chrome 27, membolehkan pengguna menerima respon dalam bentuk audio untuk beberapa carian yang dilakukan.

Buat masa ini, respon audio hanya terhad kepada beberapa terma carian sahaja, dan mungkin akan diperluaskan dalam masa beberapa minggu lagi.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh ke laman utama Google, dan klik pada butang mikrofon pada bahagian kanan kotak carian.

Bagi para pengguna sedia ada Chrome, anda akan dikemaskini kepada versi baru secara automatik, sementara bagi pengguna baru, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi Google Chrome hari ini.


Sumber 2




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .