Mozilla Firefox 21 Dilepaskan


Mozilla telah pun melepaskan Firefox 21 semalam secara rasmi dan membawa sokongan baru pada pelayar web Firefox.

Ciri-ciri baru pada Firefox 21 ini kurang menarik bagi pendapat admin iaitu penambah baikan sokongan API sosial untuk beberapa perkhidmatan sosial baru termasuk Mixi, msnNOW dan juga Cliqz. Walaupun Firefox versi dahulu sudah ada sokongan sosial facebook tapi ia tidak banyak digunakan oleh pengguna malah mungkin pengguna tidak tahu akan adanya ciri-ciri ini.

Firefox 21 juga turut menyertakan sokongan Health Report, membolehkan pengguna untuk mengoptimasikan tetapan pelayar web mereka, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik lagi.

Sokongan “Do Not Track” terus ditambah baik, dengan beberapa pilihan tambahan disediakan, membolehkan pengguna membenarkan beberapa data pelayaran web mereka diambil oleh pengiklan, ataupun mematikan ia sepenuhnya.

Muat-Turun Firefox 21





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .