Nokia Memperkenalkan Asha 510


Untuk mereka yang sebuah telefon yang senang digunakan, penuh dengan aplikasi tercanggih masa kini, dan juga tidak akan menghabiskan duit anda di bank – Nokia telah memperkenalkan sebuah model baru yang dipanggil Nokia Asha 501.

Menggunakan platform baru yang dipanggil ‘Asha’, ianga menggabungkan rekabentuk yang berkualiti tinggi dan fungsi yang senang digunakan, di dalam sebuah pakej yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ianya mempunyai kasing yang boleh dibuka dan juga bateri yang boleh ditukar dengan senang – di dalam sebuah badan telefon yang hanya seberat 98 gram (dengan bateri didalamnya).

Diantara fungsi baru yang diperkenalkan di dalam Asha 501 ialah Fastlane – sebuah ‘home screen’ dimana pengguna boleh membaca semua informasi penting mereka dengan sekali pandang sahaja. Semua notifikasi baru – bak mesej mahupun dari aplikasi – akan tertera di dalam Fastlane ini.

Asha 501 juga datang dengan Nokia Xpress Browser, yang memampatkan data dari internet sehingga 90% dari saiz asal. Ini membolehkan pelayaran internet di mana sahaja dengan harga yang lebih 
murah. Selain daripada itu, Asha 501 mempunyai masa berbual selama 17 jam, dan masa menunggu selama 48 hari (model satu SIM)!

Ianya akan hadir ke pasaran tidak lama lagi, dengan harga cadangan sebanyak USD 99 (RM 294).






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .