Peranti Telefon Pintar SailfishOS Akan Hadir 20 Mei Ini


Jolla telah mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan Sailfish OS pada tahun lepas, dan kini, mereka dijangka akan memperkenalkan peranti pertama yang menjalankan sistem operasi berkenaan pada bulan ini.

Pihak Jolla sendiri telah mula menghantar emel jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara khas yang akan diadakan pada 20 Mei di Finland. Buat masa ini, bagaimanakah rupa peranti itu masih tidak diketahui lagi.

Sailfish OS yang dibangunkan oleh Jolla merupakan revolusi dan penambah-baikkan daripada MeeGo, memfokuskan kepada penggunaan gesture sepenuhnya, selain membawakan sokongan haptic feedback pada peranti berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Jolla pada tarikh berkenaan.





1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .