Ratool - Cara Elak Data Komputer Dicuri

Dengan storan USB yang bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, mungkin anda risau akan data pada komputer anda dicuri orang lain menggunakannya. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perisian yang agak berguna adalah Ratool.


Ratool membolehkan anda menetapkan komputer anda untuk membolehkan data ditulis pada storan USB, ataupun terus mematikan sokongan untuk membuka storan USB pada komputer anda.

Ia juga didatangkan dengan beberapa pilihan tambahan, termasuk membolehkan pengguna untuk menetapkan kata laluan untuk mengubah tetapannya, selain mana turut membolehkan pengguna mematikan sokongan autorun, sekaligus mengelakkan virus dan malware tersebar ke komputer anda.

Jadi, sekiranya komputer anda mempunyai pelbagai dokumen sulit, dan ingin mengelakkan ia daripada dicuri yang lain menggunakan USB, mungkin boleh menggunakan Ratool hari ini, dan mengawal ia dengan lebih baik.







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .