Samsung Chromebook Kini Di Pasaran Malaysia


Chromebook yang menggunakan sistem operasi Linux Chrome OS atau nama barunya Linux Cr OS sudah lama berada di pasaran dunia yang dibagunkan oleh Google.

Kini YES 4G menawarkan Samsung Chromebook di Malaysia yang mempunyai keupayaan rangkaian 4G.

Samsung 4G Chromebook ini dilengkapi skrin 11.6 inci dengan resolusi 1366×768. Ini bermakna skrinnya bukan sebuah skrin HD penuh. Ia hanya 0.7 inci tebal dan mempunyai berat hanya 1.08kg. Baterinya juga boleh bertahan selama 6.5 jam dengan penggunaan biasa, mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Samsung.

Anda boleh membelinya tanpa kontrak dengan harga RM1,299 ataupun anda boleh memilih antara 2 pakej yang ditawarkan dengan kontrak 24 bulan. Anda boleh mendapatkan 4G Chromebook pada harga RM988 dengan Yes 4G Chromebook Plan yang didatangkan dengan data 3.5GB sebulan dengan yuran bulanan RM88.

Selain itu juga Samsung Chromebook ini juga akan digunakan oleh pelajar sekolah bermula tahun hadapan yang diberi secara pinjaman oleh kerajaan Malaysia.









0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .