Tablet ASUS Memo Pad ME172V Hanya RM499


Mungkin ada yang bertanya, apakah tablet yang boleh dibeli dengan harga hanya RM499. Kalau ikut logik, dengan nilai tersebut yang ada di tangan anda, pasti sukar untuk mendapatkan jenama serta upaya spesifikasi yang baik.

Tetapi, rupa-rupanya angka tersebut masih membolehkan anda mendapatkan tablet sekiranya anda pengguna yang baru mahu berjinak-jinak dengan tablet atau mahu menghadiahkannya kepada anak anda. Adik-adik yang masih di bangku sekolah pun sesuai untuk menggunakan tablet ini.

Tablet tersebut dikeluarkan syarikat popular, ASUS yang menyaingi syarikat lain seperti Samsung atau Apple. Berbanding tablet murah yang kebanyakan dari jenama tidak dikenali atau 'Made In China', tablet ASUS Memo Pad ME172V memang gajet menarik yang mengejutkan apabila ditawarkan pada harga murah.

Dengan harga murah itu, anda masih akan mendapat sebuah tablet dengan sistem operasi berkuasa Android 4.1 Jelly Bean iaitu sistem operasi Android paling baru. Ia bermakna kelengkapan asas pada tablet manakala anda tidak perlu bersusah payah jika diminta untuk mengemaskini perisian dan sebagainya dilengkapi ciri unik tapi masih mampu beroperasi dengan lancar dilengkapi ciri asas yang ditetapkan dengan baik.

Memo Pad ME172V direka sesuai menepati kehendak kebanyakan pengguna apatah lagi saiz pada 7.0 inci itu memang standard biasa yang kecil dan senang untuk dipegang ketika dibawa kemana-mana saja. Saya sudah mencuba sendiri tablet itu dan mendapati resolusi paparan pada Memo Pad ME172V pada format 1,024 x 600 piksel memang memuaskan kalau anda gunakannya untuk menonton YouTube walaupun pada hakikatnya, harga Memo Pad agak murah.

Dari aspek kuasa yang memproses operasi tablet ini, saya mendapati pada spesifikasinya tertera CPU 1GHz WM8950 serta GPU Mali T604. Jadi saya pantas mencuba membuka serta menutup beberapa aplikasi secara kerap, menggunakan dua atau tiga aplikasi dengan lama terutama yang banyak menggunakan grafik dan memasang beberapa laman sosial namun pastinya saya teruja kerana walaupun menggunakan pemproses asas, Memo Pad masih beroperasi lancar. Cuma ada sedikit masalah kalau anda tidak buang beberapa 'cache' kalau sudah menggunakan aplikasi pada tempoh lama.

Untuk membuang cache, sila ke bahagian Setting dan cari aplikasi yang dibuka. Tidak ramai yang mengetahui hal ini mengakibatkan tablet anda menjadi lembab untuk selepas lama digunakan.

Jangka hayat bateri Memo Pad pula lebih kurang sama dengan mana-mana tablet saiz 7.0 inci yang lain . Walaupun selepas lama digunakan, ia masih boleh bertahan sekitar 8 jam. Itupun dengan penggunaan aktif laman sosial dan pemasangan wifi yang memang menggunakan tenaga dengan banyak.

Senang cerita, mahukan tablet murah? Mungkin tiba masa anda mendapatkan tablet Memo Pad ME172V yang dihasilkan ASUS itu. Anda masih lagi boleh mendapatkan fungsi asas cuma jangan terlalu berharap pada kamera yang hanya mempunyai resolusi 1.0 megapiksel.






0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .