Teknologi 5G Akan Hadir Pada Tahun 2020



Rangkaian 4G LTE baru sahaja mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun ini, dan masih terhad kepada hanya beberapa lokasi sahaja. Tetapi ini tidak menghentikan pembangunan rangkaian telekomunikasi generasi akan-datang, iaitu 5G.

Mengikut laporan terkini, ia dikatakan Samsung telah pun berjaya dengan ujian awal platform rangkaian 5G mereka, dan berjaya mendapatkan kelajuan data sehingga 1Gbps melaluinya. Namun kelajuan akhirnya ketika ia diperkenalkan kepada umum nanti masih tidak diketahui, apatah lagi dengan arena teknologi yang berkembang pesat dari hari ke hari.

Teknologi ini masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan dikatakan akan tersedia untuk para pengguna menjelang tahun 2020 kelak.







1 comments:

  1. tahap tak tahu teknologinya aku adalah sampai tak tahu apa beza 3G,dan 4G. dan sekarang nak masuk 5G..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .