Fedora 19 “Schrödinger’s Cat” Dilepaskan

Pembangun Fedora hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Fedora 19 “Schrödinger’s Cat”, serta menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara sokongan baru yang disertakan adalah termasuk pencetakan 3D melalui sokongan OpenSCAD, Printrun dan beberapa yang lain. Ia turut menyertakan persekitaran desktop GNOME 3.8, Ruby 2.0, KDE Plasma 4.10, dan pelbagai perisian dan aplikasi yang terkini bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Fedora 19 secara percuma daripada halaman rasmi mereka, dan mula menggunakannya sebagai sistem operasi utama anda.







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .