Android Device Manager - Mencari Peranti Android Yang Hilang


Pernahkah anda kehilangan telefon anda di antara kusyen sofa atau terlupa di diletakkan dimana-mana? Atau mungkin mencari telefon anda sebelum anda tergesa-gesa keluar?

Google akan  mengumumkan Android Device Manager baru hujung bulan ini dan tersedia untuk para pengguna Android 2.2 dan terbaru. Dimana ia terdapat ciri-ciri yang boleh membantu pengguna mencari dimana peranti anda berada sama ada jarak dekat mahupun jauh.

Melalui Android Device Manager, pengguna boleh mengetahui kedudukan peranti mereka, membolehkan peranti pengguna berdering pada kadar maksimum supaya pengguna boleh menjumpainya, ia tetap akan berdering walaupun ia telah disenyapkan. Dan sekiranya telefon atau tablet pengguna berada di luar jarak pendengaran atau jauh, pengguna boleh mencari ia di atas peta dalam masa nyata.

Selain itu Android Device Manager juga melindungi maklumat peribadi dan data pengguna sekiranya peranti anda tidak dijumpai. Anda boleh memadam maklumat peribadi dan data dengan segera.
 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .