Iklan Hari Raya Terbaik 2013


1. Maxis
Iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak yang sedaya upaya menyorokkan modem wifi supaya saudara beliau meluangkan masa bersama apabila balik ke kampung. Tidak dinafikan, ia iklan yang cukup memberi kesan dan mengimbau kenangan lama bermain permainan kampung dan sebagainya. Jalinan ukhwuah sebenar juga ditonjolkan. Saya boleh katakan, ia iklan yang berada di carta tertinggi tahun ini.

 
Iklan Petronas berjudul 'Jahit' masih unggul seperti tradisi iklan tersebut saban yang memberi kesan kepada emosi penonton. Kisah pengorbanan seorang ibu sebelum raya patut dijadikan teladan. Namun saya rasa, Petronas tewas kepada Maxis untuk iklan raya tahun ini.

 


3. TM
Iklan yang menampilkan senario puasa hingga raya. Mesej kepada penonton untuk berdiet dan memahami erti puasa sebelum menyambut kemenangan di bulan Syawal. Mesej 'direct' tetapi kesan lakonan melucukan.

 




Syarikat IT ini pandai mempromosikan produk mereka dalam diam. Telefon, TV dan tablet mewarnai iklan ini dengan jalan cerita sedih yang kerap dipertontonkan.

 




5. Mamee
Iklan ini datang agak lewat sikit tetapi penggunaan selebriti terkenal seperti Chef Ismail, Zizan Raja Lawak dan Nora Danish boleh membantu melonjakkan kepopularan iklan ini.

 




6. Proton
Antara iklan lawak yang mencuit hati. Gaya pemandu bas dan gabungan pelbagai bangsa dalam satu video memang patut dipuji. Proton memang cuba mengetengahkan model Exora mereka yang sesuai untuk balik kampung.

 



7. Takaful Ikhlas
Meskipun menggunakan selebriti iaitu Fahrin Ahmad, iklan Takaful Ikhlas ini mengecewakan terutama dengan cara suntingan dan kesan khas yang seakan dilakukan budak yang baru belajar. Itu belum masuk lagi cara Takaful mengetengahkan jenamanya dalam jalan cerita yang agak mengelirukan.




(Rujukan) Setuju dengan kedudukan ini?









0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .