Ninetology Siri U9 Dilancarkan



KUALA LUMPUR 31 Julai - Pengeluar telefon bimbit tempatan, Ninetology Marketing Sdn. Bhd. (Ninetology) melancarkan telefon pintar Siri U9 hari ini, dengan membariskan tiga variasi yang berharga antara RM1,099 hingga RM1,299 seunit.

Ketiga-tiga telefon pintar tersebut ialah X1, Z1 dan Z1 yang dijangka berada di pasaran tempatan bermula pada minggu pertama Ogos 2013. Penghasilan telefon pintar mendapat kerjasama pengeluar cip elektronik Taiwan, MediaTek Inc.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng berkata, pengenalan itu merupakan langkah awal syarikatnya untuk menembusi telefon pintar segmen premium.

Ninetology Siri U9 menyertakan CPU empat-teras MediaTek MT6589 1.2GHz serta dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean dan Ninetology menganggap harganya berada di dalam kategori mampu milik meskipun memiliki ciri-ciri telefon pintar ternama di dalam pasaran.

Spesifikasi Ninetology U9 X1
  • Skrin bersaiz 4.8-inci (Super AMOLED HD)
  • Kamera 13 megapixel dengan sokongan rakaman 720p
  • Sroran dalamam 16GB
  • RAM 1GB
  • Sokongan dwi-SIM 
  • Beteri 2200mAh
  • Harga RM1099
Spesifikasi Ninetology U9 Z1
  • Skrin 5.7-inci (IPS HD)
  • Kamera 12 megapixel belakang dan 5 megapixel hadapan
  • Sroran dalamam 16GB
  • RAM 1GB
  • Pengecasan tanpa wayar
  • Harga RM1199
Spesifikasi Ninetology U9 Z1+
  • Skrin bersaiz 5.0-inci
  • Kamera 13 megapixel belakang dan 5 megapixel hadapan
  • Rekaan berasaskan aluminium
  • Percuma powerbank dari Ninetology
  • Harga RM1299


0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .