Projek Ubuntu Edge Gagal


Ubuntu Edge merupakan projek super smartphone daripada Canonical yang dijalankan mengunakan sistem operasi Ubuntu Touch. Pihak Canonical sudah mula mengumpul dana bermula bulan lalu dan berakhir hari ini di  IndieGoGo.


Hari ini kempen untuk mengumpul dana sudah pun berakhir dan pihak Canonical gagal mencapai sasaran. Pihak Canonical sedia mengatakan yang mana Ubuntu Edge tidak akan diteruskan sekiranya gagal mencapai sasaran. Dana hanya berjaya dikumpul sebanyak $12.8 juta daripada $32 juta yang diperlukan, akan tertapi ini adalah rekod dunia bagi kutipan dana.  Bagi yang sudah menderma pihak IndieGoGo akan memulangkan balik kutipan derma sekiranya gagal mencapai sasaran.

Walau apapun pihak Canonical tetap akan teruskan dengan projek Ubuntu Touch yang bakal diperkenalkan hujung tahun ini dan telefon pintar Ubuntu Touch akan hadir sekitar tahun 2014 kelak.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .