Slackware- Distro Linux Pertama


Linus Torvalds mula memperkenalkan kernel Linux pada tahun 1991. Pada tahun 1992 Linus Torvalds berjaya mengantar pesanan untuk pertama kali menggunakan kernel Linux. Pada tahun 1993 sistem operasi pertama Linux telahpun diperkenalkan oleh Patrick Volkerding iaitu Slackware pada 16hb Julai 1993. Selepas Slackware diperkenalkan pelbagai distro Linux lahir seperti RedHat, Debian dan yang terbaru Android pada tahun 2009.

Linux Slackware ini masih aktif dibangunkan dan masih digunakan pada hari ini. Slackware diambil dari perkataan 'Slack' yang membawa maksud kebebasan. Linux Slackware biasa digunakan untuk bahagian "security" dan "forensic". Slackware merupkan sistem operasi yang sangat ringkas dan stabil. Ia diuji sebelum dilepaskan untuk versi stabil. Disebabkan Slackware kurang popular pada masa ini sokongan aplikasi untuk Slackware ini tidak begitu banyak. 

Linux Back Track antara Linux asas dari Slackware yang banyak digunakan untuk kegunaan "forensic" dan "hacking". Kini Linux Back Track telahpun dilahirkan semula sebagai Linux Kali. Ini kerana Linux Kali bukan lagi asas daripada Linux Slackware, tetapi telah menukarnya menggunakan asas daripada Linux Debian kerana sokongan aplikasinya lebih meluas.

Muat-Turun Linux  Slackware

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .