Ubuntu Edge - Super SmartPhone Pertama



Adakah Ubuntu Edge akan jadi Super Phone pertama? Super komputer yang dikuasai 90% oleh Linux dan adakah juga Linux akan hadir untuk Super SmartPhone (Telefon Pintar Berkuasa Tinggi) ?

Canonical, syarikat di sebalik Linux dan sumber terbuka sekali hadir dengan projek yang sangat berinovasi iaitu Ubuntu Edge sebagai Super SmartPhone.


Ubuntu Edge adalah telefon pintar berkuasa tingga dengan spesifikasi yang tinggi yang berkeupayaan untuk menyambung ke mana-mana monitor dan berfungsi sebagai PC desktop atau sistem unit. Menyambung ke mana-mana monitor dan telefon Ubuntu ini bertukar menjadi PC Ubuntu, dengan bersepadu sepenuhnya desktop OS dan berkongsi akses kepada semua fail dan mampu menjadi sesuah komputer beribadi dan melakukan kerja-kerja seperti komputer PC desktop.

Pihak Canonical telah pun mengumpul dana untuk projek sumber terbuka ini dan jika ia berjaya Super SmartPhone pertama dunia akan dilahirkan dengan teknologi sumber terbuka, menjadikan lagi satu kebanggaan sumber terbuka. Lihat sini untuk melihat spesifikasi penuh Ubuntu Edge.

1 comments:

  1. u buntu pun dah upgrade ek.. btw.. dia takdak virus kan..? mcm apple

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .