Bay Trail - Intel Atom Generasi Baru


Secara rasminya Intel melancarkan CPU berkuasa rendah generasi baru mereka, yang mana turut dikenali sebagai “Bay Trail” atau nama lainnya Intel Atom Z3000 kepada umum, dimana bersama-sama dengannya menyertakan kuasa pemprosesan berganda dan sokongan grafik tiga kali lebih baik berbanding sebelumnya.

Antara cari baru dalam Bay Trail termasuk menjadikan peranti 2 dalam 1 mempunyai ketahanan bateri melebihi 10 jam, memberikan saiz yang nipis dan ringan kepada tablet atau laptop hibrid.

Atom Z3000 adalah sistem Quad Core Z3770 yang menawarkan kelajuan 'clock' sehingga 2.4GHz x 4 teras dan menyokong resolusi skrin sehingga 2,560 x 1,600 piksel dan 'cache' sebanyak 2MB L2. Ia juga akan menyediakan sokongan 64 bit.

Intel juga menjanjikan Bay Trail akan dijual pada harga berpatutan dan lebih murah berbanding pengeluar CPU lain seperti Qualcomm dan NVIDIA.




1 comments:

  1. Sepatutnya Intel teruskan guna nama selain Atom. Mungkin Atom 2 lagi munasabah. Kalau versi Atom yang terawal prestasi dia sangat memalukan. Ini kerana Intel hanya keluarkan Atom secara terpaksa untuk menguasai pasaran netbook. Masa tu mereka tak buat kajian yang baik untuk menghasilkan cip kecil yang berprestasi.

    Untuk kali ini, saya harap model terbaru ini akan mengembalikan semula kepercayaan pengguna kepada jenama Intel Atom.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .